Saturday, February 12, 2011

dangai

teringat nak makan sama ada bengang jagung atau dangai:
Buat selepas maghrib - cepat je siap.












Resipi:
2 cawan kelapa parut putih
2 cawan tepung pulut
1 sudu teh garam
2 sudu makan air
acuan dangai
daun pisang (ehsan Suhana)
- gaul sahaja semua bahan
- sapu margerin pada acuan, panaskan
- tabur adunan tepung
- tabur gula
- lapik daun pisang
- lapik foil, letak pemberat bagi padat
- masak lagi
- sudah masak, telangkupkan acuan atas daun pisang
- potong dan tangkup 2
- hasilnya 15 keping (7 1/2 set)
- saya makan 1 set ketika masih panas-panas... he he he
- bab malasnya ialah mengemas dapur dan ruang sekeliling dapur sebab agak messy

***Anekdot
Dulu saya gunakan bata sebagai pemberat, payah nak dapat bata jadi saya guna teknik seperti di atas. Kalau banyak daun pisang dan gunakan bata tidak perlu foil lagi. Sebenarnya ada 1 bata dalam rumah, buat penyendal hos mesin basuh dan lubang air bagi mengelakkan tikus masuk he he he. Gunalah kreativiti masing-masing ye!
***Peringatan
Kekasih Allah tidak takut dan tidak berdukacita kerana mereka ada Allah -
Yang biasa solat - yang luar biasa solat tahajjud, qabliah, bakdiah, dhuha
Yang biasa zakat - yang luar biasa sedekah, wakaf
Yang biasa solat - yang luar biasa solat di masjid

No comments:

Post a Comment