Showing posts with label jahitan - suji bilang. Show all posts
Showing posts with label jahitan - suji bilang. Show all posts

Sunday, September 4, 2011

kraf tangan Salasiah (12)

suji bilang

***Anekdot
Salasiah Hamzah @ Kak Cik panggilan semua adik beradik, kakak ipar saya. Ada lagi kraf tangannya yang saya tidak mengambil gambar seperti gubahan bunga. Sekarang ramai yang meminta beliau membuat gubahan bunga, upahnya RM20.00.
Beliau banyak menghasilkan saperah jahitan reben untuk jualan ketika anak dara yang dijual dengan harga RM10.00 - RM12.00.
Menurutnya, saperah teknik jahitan reben ini direka setelah melihat saperah yang saya hasilkan ketika beliau bertandang ke rumah saya bersama sepupunya yang juga rakan sekolah saya, Faizah Ibrahim sekitar akhir 70an.

kraf tangan Salasiah (11)

suji bilang

kraf tangan Salasiah (10)

suji bilang

karf tangan Salasiah (9)

suji bilang


Sunday, February 13, 2011

cerita dulu-dulu (1)

CROSS STITCH - Jahitan Suji Bilang


... dihasilkan ketika serumah dengan Jamiah Ahmad (1988). Kami sama-sama menghasilkan corak ini (1988), tetapi Jamiah yang membuatnya dahulu dan memberikan kertas pattern kepada saya dalam keadaan "lanyau" dan hampir tidak dapat dibaca. Terima kasih Jamie.

... dihasilkan ketika serumah dengan Azizah Supardi di Wisma Sabaruddin, Kampung Baru. Kami sama-sama menghasilkan corak ini (1982) tapi tidak ingat siapa yang membuatnya dahulu.

... dihasilkan ketika di Wisma Sabaruddin, Kampung Baru (1983). Pattern dari buku asalnya berlatar belakang kain kuning, saya yang menukar kepada warna hitam kerana dirasakan lebih "hidup" berlatar belakang warna gelap.


Dulu-dulu saya suka semua seni jahitan Alhamdullillah:
- Jahit silang pangkah (cross stitch) menggunakan sejenis jarum khas, pendek, tumpul, berlubang panjang dan besar.
- Krusye menggunakan jarum yang mempunyai cangkuk - rasa memang pakar sangatlah.
- Kniting menggunakan jarum panjang 2 batang - tapi tidak cepat sangat.
- Tating menggunakan alat dipanggil cuban.
- Kain saprah menggunakan ram dengan pelbagai jenis jahitan.
- Baju kurung moden atau baju fesyen.
Saya cuba carikan hasil kerja tangan saya dulu-dulu ini lagi kerana bahan-bahan tersimpan di merata-rata. Di rumah 2 orang kakak saya pun masih ada lagi.

***Anekdot
Yang saya pernah hasilkan
- 1 bingkai cross stitch di rumah Kak Maziah - besar, panjang, 3 tangkai bunga ros, 2 pink dan 1 kuning berlatar belakang kain hitam. Dihasilkan pada tahun 1985, saya minta kak fremkan terus tak ambil (mungkin masa itu asyik berpindah, maklumlah bujang!
- 2 set kusyen cross stitch di rumah Kak Maznah - gambar sepasang arnab; kain merah dan sepasang kartun; kain kuning (lelaki beri bunga kepada perempuan) . Dihasilkan pada tahun 1977 ketika menunggu keputusan MCE

***Peringatan
Nikmat terbesar Allah kepada kita ialah kita dilahirkan sebagai MANUSIA -iaitu sebaik-baik kejadian.