Showing posts with label resipi - pulut. Show all posts
Showing posts with label resipi - pulut. Show all posts

Sunday, May 27, 2012

pulut ayam goreng

...ala-ala Padang Besar



Bahan-bahannya:
pulut
bawang goreng
ayam goreng
sos cili thai lihat di sini
* ayam goreng - ikut citarasa (garam, kunyit, rempah kari & tepung beras - boleh guna cili kisar)

Sunday, May 20, 2012

pulut pelam

...@ mangga @ mempelam @ pauh




Resipi:
pulut
hirisan pelam @ mempelam, mangga, pauh dll.

***Anekdot
Pulut semalam selepas dikukus nampak banyak, simpan 1/3 dalam peti sejuk. Pagi ni kukus semula dan masuk santan. Teringat pula untuk gu pulut dengan pelam.

Cutikan! bela badan... he he he


***Anekdot
Walaupun saya dari Kedah tetapi emak tak pernah jamu kami adik-beradik dengan menu ini, mungkin sebab emak orang Perak.

Saturday, May 19, 2012

pulut durian

versi utara
pulut gu dengan durian (deriyan)


tuang santan


tabur gula putih


gaul @ ramas - terkeluar dicelah jari kemudian jilat lol!


kuning (oop!)


isi elok dan sedap


durian udang merah


beli di gerai RM7.50 satu pek


Resipi:
pulut kukus @ tanak (saya masuk juga santan dalam pulut selepas dikukus)
santan
gula
durian
- gaul (orang kedah kata goi).

***Anekdot
Pernah saya cerita tentang anak-anak yang tak suka menu ini pada mulanya. Sekarang suka jugalah tetapi bukan tersangat-sangat suka. Luqman langsung tak lalu durian. Suami pula kata macam muntah kucing sebab dia orang KL makan pulut dengan durian yang dimasak bersama-sama santan - pengat durian!

Tuesday, November 15, 2011

cerita ketupat - teknik 'jantan'

Sepatutnya dimuat naik pada hari Aidiladha - ketika itu blog bermasalah

Resepi:
4 mug pulut (hampir 1 kg)
4 mug santan (2 biji kelapa)
garam
- tanak tak perlu pulut masak sepenuhnya
- balut daun palas atau daun pisang yang dilayur 



daun dari kiri ke kanan
masuk jari telunjuk dan jari hantu


pusing jari telunjuk dan jari hantu ke atas


antara celah masukkan pulut supaya balance


***Anekdot
Teknik 'jantan' sebab dapat mengelak kemasukan air dalam pulut apabila direbus yang akan menyebabkan pulut menjadi tawar. Kalau 'betina' masuk hujung daun di mana-mana bahagian.

Sunday, November 6, 2011

ketupat palas

Resipi:
4 mug pulut (lebih kurang 1 kg)
4 mug santan (dari 2 biji kelapa)
- tanah pulut dan santan
- tidak masak sepenuhnya pun tidak mengapa
- balut dengan daun palas
- kalau malas bungkus dengan daun pisang yang dilayur

daun palas



buka dahulu (boleh buat 2 hari sebelumnya, sibar air)


pulut dan kelapa


seeloknya kelapa baru dimesin 
(kalau santan/kelapa lama pulut kelihatan sebam)

  
tanak


balut teknik "jantan"
kiri ke kanan


dua jari (telunjuk dan hantu) kepit di daun


...pusing


biasanya direbus tetapi saya pilih dikukus
tidak perlu diikat