Showing posts with label jahitan - krusye. Show all posts
Showing posts with label jahitan - krusye. Show all posts

Thursday, September 8, 2011

cerita dulu-dulu (23)

1985 - sesungguhnya inilah 'masterpiece' saya

menjadi cadar perkahwinan saya tahun 1992

rasanya saya tidak akan membuat yang lebih daripada ini

dua pasu bunga

sepasu berharga RM130.00

***Anekdot
Saya membuat cadar ini menggunakan 54 buku benang jenama Minlon dengan harga RM4.80 segulung ketika itu dan mengambil masa 8 bulan bagi menyiapkannya.

Saturday, March 26, 2011

cerita dulu-dulu (15)

lupa saya ada tudung-tudung meja ini



antara 3 tudung meja tak ingat yang mana buat dahulu
tapi
saya ingat ada satu warna putih tak tahu di mana

RAYA TAHUN NI NAK PAKAI

cerita dulu-dulu (14)



tak ingat yang mana buat dahulu

cerita dulu-dulu (13)



asal alas meja 6 kerusi
muat-muat dengan meja 8 kerusi saya

Saturday, March 12, 2011

cerita dulu-dulu (12)



***Anekdot
Pattern ini ketika saya membuatnya, Rogayah rakan sekerja berkenan untuk menjadikan pelapik dulang hantarannya. Saya menyiapkan 13 helai dan saya pinjam kepada beliau sekitar tahun 1990. Saya juga menggunakan bahan ini sebagai pelapik dulang ketika perkahwinan saya 1992. Inilah kerja tangan saya yang terakhir.

cerita dulu-dulu (11)


Thursday, March 3, 2011

cerita dulu-dulu (6)

chair back ke-2



tinggal 5 helai - sepatutnya 7 helai
(entah di mana bakinya)

cerita dulu-dulu (5)

mula-mula buat chair back




yang ini cukup set - 7 helai

Sunday, February 13, 2011

cerita dulu-dulu (3)

KRUSYE - Kait Jarum Satu - SHAWL yang dihasilkan pada Disember 1975 ketika menunggu keputusan LCE. Emak jadikan selendang ketika ke kenduri, kemudian dijadikan penutup tv. Rosak digerit lipas agaknya (saya berhati-hati memelihara konon untuk membaikinya semula - entah bila!). Saya masih ingat menggunakan 1 1/2 buku benang kapas Minlon dan ada 2 shawl lagi yang saya hasilkan putih dan krim. Entah di mana!
Ada juga yang dibuat daripada benang bulu kambing berwarna pink, hijau dan kuning. Agaknya di rumah kakak.




***Anekdot
Saya sangat-sangat berminat dengan krusye (kait jarum satu) dan banyak menghasilkan barangan daripada krusye ni. Akan saya cuba upload kemudian. Bila sudah bekerja baru saya mampu membeli benang dan bersungguh-sungguh membuat
- 6 set chair back tiap satu set mengandungi 7 keping,
- 4 helai alas meja makan set kerusi 6 dan
- 1 grand masterpiece CADAR! Saya jadikan cadar set peralatan tidur ketika perkahwinan saya.