Showing posts with label resipi - crumbler. Show all posts
Showing posts with label resipi - crumbler. Show all posts

Sunday, October 23, 2011

apple crumbler cake

Saya pernah buat kek seperti ini pada tahun 1988 tetapi menggunakan nanas. Saya membayangkan kek ini akan menjadi - kek pada lapisan bawah, bahagian tengah epal yang masam manis tetapi cair sedikit (seperti pai epal McD... he he he beranganlah tu - tetapi tak menjadi, rasanya perlu lebih gula). Hanya menggunakan seketul mentega saya pernah hasilkan kek sedemikian rupa. Tetapi kali ini saya rasa kesilapannya ialah kerana saya menggunakan loyang yang agak besar maka crumblerya agak nipis (nampak epal bukan bayang epal).
Apapun boleh tahan untuk cubaan pertama. Saya akan buat lagi tetapi perlu berguru dan akan buat semakan di internet.

7 biji epal buang kulit dan potong nipis
3/4 cawan gula perang
1/2 cawan air
1 sudu makan serbuk kulit kayu manis


masak - saya bayangan akan menjadi pekat
tetapi agak kering - manis dan masam

3/4 mentega
1 cawan gula
2 cawan tepung kek
2 biji telur
krim mentega gula + telur & tepung

masuk dalam loyang

tabur epal

1/4 mentega
1/2 cawan gula
1 cawan tepung kek
gaul menjadi serbuk roti


tabur atas epal


bakar - 175 darjah selama 45 minit


ketika bakar - aroma kulit kayu manis... semerbak


kek OK cuma crumblernya nipis


rasa bolehlah... 7/10 je markahnya he he he


yang ada ais krim coklat - makan je...

***Anekdot
Mulanya tidak hendak buat tetapi petang tadi rasanya seperti tidak mengantuk... lalu saya pun baking ni tetapi hasilnya tidak seperti dalam bayangan... Saya perlu dapatkan cara meng....kan epal supaya menjadi pekat (meng... apa? epal tu ye!). Rasa - NOT BAD

Saturday, April 2, 2011

Banana Crumble


banyaknya gambar ... saja seronok
Resipi:
1/2 cawan gula
4 cawan tepung gandum
3-4 pisang berangan
1 mentega @ 250 gm
***
gaul 1-2 dan ramas (rub-in-method)
masuk 1/2 adunan dalam loyang - tekan sikit2 dgn. belakang sudu

hiris pisang memanjang kepada 4-5 bahagian
susun pisang
masuk 1/2 adunan lagi - tekan lagi dgn. belakang sudu

bakar 150 C selama 50 minit
makan bersama ais krim vanila

***Peringatan
Dan sesungguhnya ada di antara manusia yang masuk neraka dengan percuma iaitu mereka yang terdapat di dalam hatinya rasa benci seberat debu kepada ulama.

Friday, February 4, 2011

banana crumbler

minta Farhah buatkan banana crumbler, saya cuma beritahu bahan sahaja, Farhah yang buat dari awal hingga selesai. Thanks Farhah dapat 1 ilmu hari ini dan mempercepat kerja mama.





Resipi:
1 mentega
1/2 cawan gula
4 cawan tepung gandum
3-4 pisang berangan
***
gaul 1-2 dan ramas dengan tangan (rub-in-method)
masuk 1/2 adunan dalam loyang - tekan sikit2 dgn belakang sudu bagi padat
hiris pisang memanjang kepada 4-5 bahagian
masuk 1/2 adunan lagi - tekan lagi dgn belakang sudu
bakar 150 C selama 50 minit (cucuk dgn garfu, kalau xlekat hemm dah masak le)
dah sejuk makan bersama ais krim vanila

***Peringatan
"Wahai sekalian manusia, jadilah taqwa sebagai suatu perniagaan, nescaya rezeki akan datang kepada kamu tanpa modal niaga". Riwayat Mu'az bin Jabal.