Showing posts with label personel. Show all posts
Showing posts with label personel. Show all posts

Monday, May 27, 2013

rumah baru lagi!

... Mama buat rumah baru... ye le rumah tak perlu bayar! SINI



Monday, April 8, 2013

lama tak singgah

...dah berabuk!

Thursday, November 22, 2012

sambung di blog baru

 NANTI SAYA BERIKAN URL BLOG BARU ... BYE!

Wednesday, November 21, 2012

rehat

Dua tiga hari tak hantar posting, rasa gatai tangan he he he. Kalau beritahu sakit tak manis sebab sihat yang Allah beri lebih lama sedangkan sakit sekejap cuma. Alhamdulillah nikmatnya sihat bila terasa sakit ...

Entri ini ialah bahan sepanjang berehat sejak Ahad lalu (baru nak kemas kini).

Friday, November 16, 2012

layan perut

... makan je, nak kurus di hati bukan di mulut he he he





Friday, November 2, 2012

Wednesday, October 24, 2012

acuan lama

...nasib tak bagi orang atau buang! Saya tempah sekitar 1980 sebab apa pun tak tahu. Mak kata macam bekas takung getah beku, Harga RM4.00; pernah juga saya buat kek menggunakan acuan ini cuma tinggi sangat - 10 x 10 x 5 inci. Silap langkah boleh pecah kek bila diterbalikkan.

Mak bawa ketika datang rumah saya lebih 10 tahun lalu dan sejak itu saya tak pernah guna, letak atas almari tapi bungkus dengan plastik. Tak pula jadi hitam atau berkarat, bagusnya aluminium ni.

Hari ini hati ingin nak buat kek lapis dan tangan gatai nak baking! Sudut acuan yang ditempah betul-betul 90 darjah, saya rasa sesuai untuk kek lapis.



gedabak


lapik kertas minyak dan sapu mentega atas kertas dan bahagian tepi


Saturday, October 6, 2012

bila Sabtu ...

... diberi cuti maka banyak jemputan kenduri - kahwin, bertunang, cukur jambul, arwah/tahlil, selamat, rumah terbuka dan sebagainya. Maka semakin menjadi celaru pula yang mana perlu diberi keutamaan sebab semuanya kenalan belaka. Apabila bertanyakan kepada yang ahli maka saya pilih kenduri kahwin sebagai keutamaan kerana hukumnya wajib, tetapi jika tempat dan arahnya yang berlainan maka pening juga!
Hari ini ada tiga jemputan kenduri kahwin, satu kenduri doa selamat di sebelah saing hari dan satu kenduri kesyukuran selepas Isyak. Hem.. makannn...!

Monday, October 1, 2012

...dengan Su Wincci

...terserempak di RTM pagi tadi. Ratu Cantik Malaysia hemmm ada gaya tak macam RATU! - 

saya le.. he he he


Sunday, September 23, 2012

lawat Mak Cik Asiah

 Nampak gajet baru untuk yang tidak berupaya. Fungsi seperti crane, mudah dan selesa - disewa dengan harga RM400 sebulan...kalau beli RM8000





ceragem



kerusi roda

***Anekdot
Mk cik berusia 86 tahun, sakit sudah 2 bulan - masih tak boleh bangun tetapi boleh menyandar.  Selepas keduri rumah Awini saya dan Ainon meawat mak cik sebab baru tahu. Dah lama tak bersama jemaah surau Taman Permata sebab asyik ke Surau Al-Mustaqim.
Semoga mak cik semboh...

cekelat baru

...semoga Allah berkati usaha, penyembuhan datang dari-Nya, hamba hanya berikhtiar





di Hospital Tanglin




Friday, September 21, 2012

blog new look

... baru terhegeh-heget belajar. Dah nampak pemberitahuan bahawa blog akan dipaparkan yang baru tetapi degil juga... jenuh nak belajar (bukan susah tetapi malas cuba)

Wednesday, September 19, 2012

kelas renang

Berita baik untuk Sepawan!

Tadi ketika bersiap untuk turun ke kolam, saya terdengar seorang pelajar minta petugas ajarkannya berenang. Beliau telah bawa pakaian renang, saya tak dengar butir bicara mereka tetapi selepas selesai berenang saya tanyakan mengenai kelas renang. Mereka minta saya tuliskan nombor telefon, mungkin katanya dalam masa terdekat. Ketika menurunkan nombor telefon, saya nombor empat. Bayaran RM200.00 untuk orang luar dan kelas biasanya hari Sabtu atau Ahad (dua sesi). Tak pasti pula kalau peserta tak ramai mungkinkah kelas dijalankan dalam dua sesi?

 Sepawan - TUNGGUUU...!


Mak Aji - JOMLAH!

Wan & Mak Aji - Mulalah mencari baju renang. Pelajar di sini pakaian renang mereka cantik-cantik belaka. Kebanyakannya two pieces yang ada skirt, ada hud dan labuh sampai lutut - potong payung. Sempat juga bertanya seorang pelajar dari Indonesia tahun dua jurusan ekonomi, katanya dibeli dari seorang pelajar Malaysia. Nanti saya tanya pengawal kolam sebab bajunya pun cantik.


***Anekdot
Kelmarin nombor 0642 - saya je orang luar dan saya je MAK CIK he he he


Tuesday, September 18, 2012

360 sendi

Semua terkejut petang ni sebab tuan depa pi...



selepas entah 2 @ 3 tahun... kesian depa


kolam renang lelaki, kolam wanita lebih cantik
dua-dua kolam saiz olimpik


Semalam saya berenang 4 laps tetapi kut melintang, bukan ikut memanjang he he he. Kira ok lah sebab percubaan pertama setelah sekian lama @ lamasssss - sebab banyak tahun. Rasanya selepas Kak Tipah sakit pada 2008 pernah sekali saya datang dengan girls ketika mereka masih lagi di Al-Manar, Kelantan.

Waktu untuk lelaki kalau tak silap dari 10.00 pagi - 10.00 malam setiap hari. Untuk wanita Isnin - Jumaat sahaja dari pukul 5.00 - 7.00 petang rasanya sebab tak ramai anggota penyelamat wanita (kesian kita wanita tetapi kerja rumah kita lagi banyak he he he).

Jom le Sepawan!


lepas sebulan

 ... 16 Ogos lepas


digondolkan sebab terlalu merimbun




hari ini - nak berbunga juga


walaupun daun dan batang sikit



cantas bahagian bawah (gatai tangan)


yang berbunga tak usik



Monday, September 17, 2012

pagi ni lapar

... bagi alasan semalam makan lewat malam iaitu pukul 9.30 malam he he he. Pagi ni selepas masak ayam hitam terus goreng terubuk masin (last kopek - Sue Kuching tolong beli bila mai KL ye). Rasa tekak tak mau ayam hari ni - nasib baik ada terubuk!


Wednesday, September 12, 2012

25 Syawal

...sudah masuk hari ke-25 Syawal bermakna telah beraya 24 hari (kira 1 Syawal je) tetapi sambutan hari raya di pejabat dan taman perumahan belum selesai lagi (tak habis-habis). Agaknya bila nak mula diet? Mula je  ye ... tutup/tamat/tangguh tak pernah ada.

ITULAH SAYA

Saturday, September 1, 2012

1 Sept - jemputan

...maknanya MAKAN!

Dari pagi saya sibuk - pertama mencari tukang jahit kerana uniform surau telah lama diberi tetapi bertangguh; apabila terbaca pesanan pengerusi supaya Isnin ini AJK dikehendaki memakai pakaian seragam baru kelam-kelibut. Sehingga petang semalam (Jumaat) apabila terbaca mesej dari Seri Banon yang minta dicarikan tudung baru terperasan yang saya masih terlupa mengenai tempahan uniform. Petang semalam puas menelefon kawan-kawan tetapi semua ada hal - Luqman cadangkan saya jahit sendiri - masalahnya - MALAS!

Pagi tadi teringat emak Aesah lalu telefon beliau dan beliau sanggup jahitkan uniform tersebut LEGA!  Kedua - pukul 9.00 pagi saya ke Giant belikan barang dapur, apabila telefon emak Aesah dan beliau setuju; selepas sahaja hantar barang dapur terus saya ke rumahnya - tak masukpun sekadar singgah untuk menghantar kain dan baju contoh (ketiga).

Keempat - sekitar 10.30 pagi saya ke  Taman Greenwood untuk membeli tudung sedondong dengan Seri. Sempat singgap sebentar di kedai dalam kawasan situ juga untuk mengunting rambut - asal nak gunting dari sebelum raya supaya melaram dengan rambut raya tetapi tak sempat (mungkin sebab niat tak baik he he he). Sebelum itu ketika keluar dari Taman Wangsa Ceria (rumah mak Aesah) Sepawan telefon untuk menghantar makaroni goreng tetapi saya beritahu yang saya akan pergi mengambilnya.

Selepas singgah di rumah Sepawan sekitar 11.30 pagi, Sepawan sudah dalam keadaan bersiap sedia untuk ke luar menghadiri kenduri Nor Hashimah di Sungai Buluh (kelima).

Saya ada tujuh jemputan tetapi bercadang untuk menghadiri tiga sahaja kenduri kahwin (satu jauh) dan tiga rumah terbuka - kenduri kahwin hukum wajib, kenduri lain sunat. Tetapi dalam hati - Masya Allah - rumah terbuka makanan sedap! he he he


pemberian Sepawan - SEDAP!
makaroni goreng


TERIMA KASIH WAN


tudung baru - panas-panas!
nak pakai Isnin

Tuesday, August 28, 2012

jukebox

...di rumah Kak Teh & Kak Tam. Setiap kali ke rumah mereka pasti saya minta Kak Teh pasangkan  - mana nak cari? Berkenan sangat, kalaulah ada rezeki- terjumpa di mana-mana ...


berlampu apabila dipasang


Kak Tam & Kak Teh