Showing posts with label aktiviti Surau Mustaqim. Show all posts
Showing posts with label aktiviti Surau Mustaqim. Show all posts

Friday, July 6, 2012

Nisfu Syaaban

...semalam di Surau Al-Mustaqim, pelajar Dar Quran Wal Hadis yang belanja kuih, roti kaya, anggur dan air kerana mengikut nasihat ustaz, jika hendak dapat sedekah... kita yang perlu bersedekah. Hebatnya mereka!







'moreh' - roti nyok (pek nga)



iftar Isnin - daging paprik





Sunday, July 1, 2012

Saturday, June 16, 2012

Sabtu 16

... ke Surau Al-Mustaqim, sesi memasak (bagus juga daripada terbungkin dalam rumah, silap - terbungkin atas katil he he he)

piza & seri muka






silap teknik - timpa wap kehabisan air kukusan
maka jadilah seri bulan he he he


kenduri rumah Kak Halilah di Kemensah Height


***Anekdot
Pertama kali Surau Al-Mustaqim mengadakan demo membuat kuih - seronok juga sebab selalu kuliah Dhuha & Maghrib muslimat. Ada kelainan dan yang hadirpun bukan semua muka-muka biasa je. Nanti minta tunjukkan nasi Arab & kuih koci (ni permintaan saya). Petang pukul 2.00 di Dewan Taman Permata ada demo membuat biskut raya (tapi nak tidur pula he he he) oleh guru yang sama. Apa-apa pun tahniah untuk masyarakat sekeliling kerana begitu prihatin terhadap kaum muslimat untuk menjana pendapatan dan juga untuk berkongsi ilmu.

Thursday, May 10, 2012

surau malam ni



Majlis penganugerahan sanat seban kepada Muhammad Atif dan Ustaz Badrul (salah seorang tenaga pengajar Dar Quran Wal Hadis) dan kenduri yang diberikan oleh keluarga Ustaz Zuhir. Majlis disempurnakan oleh Habib Ali Zainal Abidin Abdul Hameed.
Bapa mertua Ustaz Zuhir, Ustaz Mohammad Sanusi (tuan guru dari Pendang) juga hadir, manakala isteri beliau yang kami kenali sebagai Mak Long tidak hadir. Tuan guru ini pernah menjadi penjaga kepada twins ketika mereka di Pendang ketika pertama kali menyertai Mahaad Al-Kholidi.


Gambar diambil oleh Nadzmi
(cepat menarik kamera)





















gambar dari telefon bimbit 















***Anekdot
Seperti biasa setipa hari Khamis diadakan majlis iftar - ayam goreng, daging masak lemak, sayur kacang panjang, roti gulung sardin, apam dan donut. Juga disediakan pek pulut kuning, rendang dan telur dadar.
Majlis selesai pada pukul 10.30 malam dan kenduri dengan jamuan mi goreng, bubur labu dan donut (Big Apple). Saya tapau empat biji donut dan pek pulut kuning.
Sekitar 200 orang yang hadir menyaksikan upacara ini. Saya mengambil video tetapi tidak dapat dimuat naik.