...pemberian Suzanti
Resipi:
2 1/4 cawan beras
3/4 cawan pulut susu
3/4 cawan santan pekat (kotak)
3 cawan air
1 bawang besar - mayang
1 inci halia - potong dua
1/2 sudu teh halba
garam
- guna rice cooker yang ada butang "warm"
- masuk semua di dalam rice cooker tekan "on"
- setelah masak butang akan berada pada "warm"
- biar selama 45 minit baru dikacau dan "off" butang
***Anekdot
Rendam beras dan pulut sekadar lamanya saya masak kari ikan tongkol sehingga siap, lebih kurang setengah jam. Lagi pun pulut susu jenis lembut tetapi padi bukit saya tak pasti pula. Air pun agak-agak tenggelam beras dan pulut.
Biasa saya buat nasi dagang kukus yang diajar oleh Nabihah yang berasal dari Terengganu.
Ini percubaan pertama kali - BOLEH TAHAN!
Showing posts with label resipi - nasi. Show all posts
Showing posts with label resipi - nasi. Show all posts
Sunday, April 8, 2012
Wednesday, November 30, 2011
nasi karot
Resipi ehsan daripada Norhizan Abdul Rahman
Bahan:
Basmati (ikut suka) – rendam seketika
1 tin susu cair (ideal)
Bawang putih ] kisar
Halia ]
4 sekawan (ikut suka)
Garam
Minyak zaiton/majerin/minyak jagung
Air
Karot (parut atau hiris)
Daun pandan
Cara membuatnya:
Tumis 4 sekawan dan bawang yang telah dikisar hingga naik bau.
Masukkan beras dan kacau rata.
Masukkan susu dan air (ikut sukatan jika beras 4 cawan, air + susu pun 4 cawan.
Kemudian masukkan karot dan daun pandan.
Masukkan garam dan biarkan hingga mendidih. Tumis 4 sekawan dan bawang yang telah dikisar hingga naik bau.
Masukkan beras dan kacau rata.
Masukkan susu dan air (ikut sukatan jika beras 4 cawan, air + susu pun 4 cawan.
Kemudian masukkan karot dan daun pandan.
TERIMA KASIH MADAM
Friday, November 18, 2011
Saturday, March 5, 2011
briyani SUNQUICK
Bila berkelapangan saya akan masukkan resipi, lauk dan nasi briyani. Dua-dua mengandungi "SUNQUICK" (saya sudah masukkan resipi lauk dan nasi)
LAUK:1 ekor ayam
1 bawang besar*
7 bawang putih*
3 serai*
2 cm halia*
3 cm lengkuas*
* - blend
3 sudu sunquick
3 sudu makan rempah briyani
1 sudu makan rempah kari daging
1 sudu makan rempah kurma
2 sudu cili kisar
3 cawan air
- tumis menggunakan minyak sayur + mentega
- masuk bahan blend, bila wangi
- masuk cili kisar agak garing masuk rempah2
- tambah air
- setelah mendidih masuk ayam
5 cawan beras
6 cawan air
1 cawan susu cair
1 bawang besar
7 bawang putih
bahan tumis - kulit kayu manis, 5 cengkih dan 7 pelaga
3 sudu makan tomato puri
3 sudu makan sunquick
- tumis bawang dan bahan tumis
- masuk semua yang berbaki dan tanak nasi sehingga masak
***Anekdot
1. Dalam nasi jangan masukkan bunga lawang kerana nasi menjadi tidak enak. Saya mendapat petua ni daripada seorang yang saya anggap pakar memasak untuk majlis kenduri-kendara di Dungun, Terengganu.
2. Jika memasak nasi selain daripada nasi putih, gunakan periuk nasi elektrik yang mempunyai fungsi "keep warm". Setelah nasi masak biarkan 30-40 minit dalam fungsi "keep warm" tanpa membuka atau menggaul nasi. Biasanya selepas fungsi "cook" nasi akan mentah. Jangan diusik nasi berkenaan sehingga selepas 30-40 minit, ianya akan masak dengan sendiri.
***Peringatan
Jangan kita di dunia mempunyai banyak harta tetapi di akhirat tidak berharta.
Subscribe to:
Posts (Atom)









