Showing posts with label resipi - ikan. Show all posts
Showing posts with label resipi - ikan. Show all posts

Wednesday, November 21, 2012

periuk ajaib - keli panggang

MASALAH - NANTI SAYA BUKA BLOG BARU!


Whoops! You're out of space. You are currently using 100% of your 1 GB quota for photos. Upgrade storage
Photos are stored in your Picasa Web Albums account and are included in your 1 GB free quota for photos. Additional storage you purchase is shared between several Google products and is in addition to your free quota. Learn more


... hasilnya seperti ikan yang digoreng.

MASALAH UPLOAD

Resipi:
10 ekor ikan keli
garam
- lumur ikan keli dengan garam
- masak dalam periuk ajaib
- minyak akan terhasil dan ikan menjadi ranggup
- sangat sedap
* Tambah sambal supaya menjadi keli bersambal atau makan dengan sambal tumis

periuk ajaib - ikan belah belakang

...ikan kembung sumbat sambal.

MASALAH UPLOAD


Resipi:
5 ekor ikan kembung
5 sudu makan sambal tumis
- lumur ikan dengan garam
- sumbat sambal
- masak dalam periuk ajaib selama 5 minit
- terbalikkan dan masak 3 minit lagi
- ikan 'juicy' dan tak kering

Friday, November 16, 2012

cucur ikan bunga air

...terpandang ikan ni di pasar raya Hero, terus teringin (teringin semuanya petang ni!). Orang KL panggil ikan bilis. Mama beli 20 ekor RM1.60 sebab anak-anak tak akan makan makanan alien ni he he he


gorengan pertama pucat


make-up dengan kunyit sikit


kan cantik!


cicah dengan sos cili


atau dengan nasi



Resipi:
20 ekor ikan bunga air
1 cawan tepung gandum
sayur - mama ada mix vege dan daun sup
garam, gula ,air, kunyit
- gaul
- ketika goreng kembarkan 2-3 ekor
*makan bersama-sama sos cili atau dengan nasi

Monday, October 22, 2012

periuk ajaib - ikan masak sempoi

Asal tiga ekor ikan dipotong tiga tiap satu; empat potong telah digoreng garam & kunyit. Baki lima potong ni yang dimasak.

nak cepat, letak santan kontak yang masih beku


selepas 10 minit - terbalikkan ikan


siap




Resipi:
5 potong ikan susu
3 sudu makan cili giling yang telah dimasak
3 sudu makan lengkuas kisar
1/2 kotak santan
1/2 cawan air (masuk sedikit demi sedikit jika nampak kering)
garam
- gaul dan masak menggunakan periuk ajaib
- masak 10 minit dengan menggunakan api kuat
- terbalik ikan dan masak 5 minit lagi
***tak bubuh bawang sebab nak cepat... tetapi rasa tak mengecewakan. Tadi balik agak lewat sikit



Wednesday, September 26, 2012

periuk ajaib - ikan masak rendang

letak gambar dulu...


kemudian periuk ajaib

.

..sebenarnya tak tahu nak beri nama tetapi memandangkan ada ciri-ciri resipi rendang, maka dapatlah dia nama ni!

susun ikan dalam periuk 
panjang sangat kena kona sikit


sebelum dimasak


selepas 10 minit - balikkan ikan


tabur sayur masak 10 minit lagi


selepas 20 minit dimasak



hidangkan


Resipi:
2 ekor ikan susu (potong 3)
3 bawang besar - kisar
2 serai - kisar
2 inci lengkuas - kisar
1 sudu cili giling
1/2 sudu teh serbuk kunyit
1/2 kotak santan (200 ml)
12 cili padi sebiji-sebiji
garam
timun dan tomato (itu je yang ada)
- masuk ikan dalam periuk ajaib
- gaul semua bahan
- curah bahan atas ikan
- masak 10 minit
- balikkan ikan selepas 10 minit
- masuk sayur
- masak 10 minit lagi

Wednesday, September 19, 2012

periuk ajab - ikan masak kuning

letak gambar dulu... kemudian baru periuk ajaib


Sebenarnya tak tahu nak bagi nama pada masakan ini. Ambil sempena rona kuningnya, macam demam kuning agaknya dapat nama.

periuk ajaib


sumbat halia dalam perut ikan


tabur serai


selepas 10 minit - balikkan ikan



tabur sayur  (apa-apa sayur yang ada dalam peti sejuk)


selepas 5 minit


siap untuk dimakan


besar juga!


hidang untuk yang tersayang


Resipi:
2 ekor ikan susu 
1 bawang besar - kisar
5 biji buah keras - kisar
2 inci kunyit hidup - kisar
1 inci halia- hiris kasar 
1 serai - hiris kasar
1 makan garam
1 sudu makan cuka
1/2 timun - potong memanjang
1 tomato - potong wedges
cili padi sebiji-sebiji
- rendam ikan dengan asam jawa
- sumbat halia dalam perut ikan
- curah bahan kisar
- tabur serai
- masak 10 minit dengan api sederhana
- tabur sayur dan masak 5 minit lagi

* Ikan ini lemak, cuma bagi saya ketika menyiang ikan ini; agak berbau sebab itu direndam dalam asam jawa dan sumbat halia - rasanya sedap (enak - cewah) cuma banyak tulang.

Tuesday, July 3, 2012

periuk ajaib - ikan panggang

... mudah dan cepat & cepat boleh makan he he he



Resipi:
5 kembung
1 sudu cili
1 sudu sos tomato
1 sudu sos cili
1/2 sudu sos tiram
garam
- perap dan panggang 5 minit sebelah
- setelah masak elok diangkat keluar dari periuk
- kalau lama ikan akan menjadi kering

Thursday, May 24, 2012

tauhu sumbat tuna

... resipi Fatin dan dia juga yang bawa. Kita kongsi bersama resipinya yang mudah dan berkhasiat. Terima kasih Fatin




Resipi:
Tauhu:
tauhu - goreng, belah dua menyerong, keluarkan isi dan lecek
tuna dalam tin - tos dan lecek (jenis rendam dalam minyak @ air)
daun ketumbar - hiris halus
cili padi - tumbuk
lada hitam, garam, minyak zaiton
- campur semua bahan dan sumbat semula dalam tauhu
- siap!


Sos:
kicap manis
air
cili padi - tumbuk
gula, garam
- campur semua
* kuantiti -agak-agak!

***Anekdot
Sedap dan perlu dimakan bersama-sama sos bagi membangkitkan rasanya. Rasa tuna, pedas dan sayup-sayup terasa daun ketumbar.
Fatin - kena lebihkan sedikit lagi daun ketumbar. Syabas!

Sunday, April 8, 2012

ikan kayu - kari

Direbus minggu lepas kemudian masuk freezer - tidak dimasak kerana tiada siapa yang hendak makan.


kari nasi dagang versi derhaka





Resipi:
1 ikan tongkol/kayu (besar)
- potong-potong
- direbus bersama 15 keping asam keping (elok disimpan semalaman)
1 bawang besar*
1 serai*
1 inci halia*
2 inci lengkuas*
sedikit belacan*
1 sudu makan cili giling
1 cawan santan pekat (kotak)
3 sudu makan rempah kari (daging)
1 gula melaka (jenis lingkaran)
segenggam cili padi
cili hijau (tak bubuh sebab tak ada)
2 sudu makan kerisik
garam

- bertanda * dikisar
- tumis *
- masuk cili giling
- masuk rempah
- masuk santan dan air
- mendidih masuk ikan & cili padi
- pilih calon-calon asam keping sekitar lima keping yang telah direbus bersama ikan atau boleh masuk kesemuanya.
*Resipi asal - masak santan hingga pecah minyak, tetapi saya tak buat kerana tak mahu menggunakan santan terlalu banyak, lagi pula santan kotak.

***Anekdot
Ada timun berbaki minggu lepas yang menjadi ulam laksa, potong dan masuk sekali. Malas buat acar - timun + karot.
Kecewa juga sebab malas rebus telur. Bila anak-anak bertanyakan telur rebus...  Alahai!

Monday, July 25, 2011

rohu

ikan rohu & tenggiri (habiskan stok freezer lagi)

kukus kali pertama - karot, halia & serai

ikan dah masak - masuk sos tiram, bawang dan tomato

kukus lagi


Anekdot
Biasanya saya akan menumis bahan-bahan ini terlebih dahulu. Kemudian dicurahkan ke atas ikan setelah ikan dikukus terlebih dahulu sehingga masak.
Tambahan - bunga kobis & daun limau purut dan sebagainya (hari ini tiada dalam stok)

Saturday, April 2, 2011

siakap ratna sari

selain sedap, menarik dan cantik

yang dihidangkan 2 ekor, geng tuisyen 1 ekor

Resipi:
1 siakap - goreng
1 bawang besar - kisar
9 biji buah keras - kisar
2 inci kunyit hidup - kisar
1-2 sudu makan gula
1 sudu cuka
1 timun - buang biji potong memanjang
1 karot - potong memanjang
cili padi sebiji-sebiji
Tumis kisar bawang sehingga naik bau.
Masuk buah keras dan kunyit hingga naik bau dan pekat
Masuk gula, cuka.
Akhir masuk timun, karot dan cili padi.
Tutup api - sayur akan lembut dengan haba.

***Anekdot

Saya menghubungi Puan Ratna Inzah Dato' Asri pada petang Jumaat kelmarin menanyakan lauk samping yang sesuai bersama ayam kelasan dan puan memberikan resipi ikan ini yang sangat-sangat sesuai. Saya pernah sebutkan dahulu bahawa resipi ayam kelasan ini juga saya dapat daripada puan. Tetamu semua mengatakan sedap terutama geng tuisyen. Terima kasih puan untuk kedua-dua resipi ini. Ikan ini tidak bernama jadi saya namakannya


SIAKAP RATNA SARI

***Peringatan

"Sesungguhnya para ulama itu pelita-pelita bagi isi bumi." Riwayat Abu Hurairah

Thursday, February 3, 2011

Gong Xi Fa Cai - pekasam





JENG JENG JENG - proses membuat pekasam
Resipi:
8 ekor talapia
8 sudu teh garam halus
16 sudu makan beras
***
perap ikan dan garam selama 12 jam.
xperlu buang airnya.
goreng beras 10-15 dengan api kuat tetapi sentiasa dikacau sehingga perang dan blend.
bedakkan pada ikan + air yang terhasil, dan perap 10-12 jam lagi.
selepas itu baru masuk fridge.
selepas 3 hari dan lebih baru sedap.

Tahun Baru Cina - tahun arnab GONG XI FA CAI


***Peringatan
Usia kita di dunia adalah tempoh untuk berniaga:
"Wahai orang yang beriman! Sukakah kamu Aku tunjukkan suatu perniagaan yang dapat menyelamatkan kamu daripada azab yang pedih? Yakni kamu beriman kepada Allah dan rasulNya serta berjihad di jalan Allah dengan harta dan jiwa kamu. Itulah yang lebih baik bagi kamu jika kamu mengetahuinya" Al-Shaff: 10-11