Showing posts with label info umum. Show all posts
Showing posts with label info umum. Show all posts

Saturday, November 10, 2012

Mr. President

BERITA HARIAN 8 OKT. 2012





Mudah raih majoriti undi di Kolej Pemilih atasi Romney

Barack Obama berjanji tidak akan mensia-siakan kepercayaan diberikan kepadanya selepas dipilih semula sebagai Presiden Amerika Syarikat untuk tempoh empat tahun lagi dengan mengalahkan calon Republikan, Mitt Romney.

“Saya kembali ke Rumah Putih dengan semangat lebih tinggi... dengan lebih inspirasi daripada sebelum ini,” katanya.
 
Beliau memberi ucapan kemenangan itu kepada lebih 20,000 penyokong yang membanjiri Pusat Konvensyen McCormick di sini, selain jutaan yang menyaksikannya secara langsung di seluruh dunia. 


Obama diisytihar sebagai pemenang dan Presiden bagi penggal kedua selepas melepasi angka keramat 270 undi Kolej Pemilih sebelum diumum memenangi 303 undi manakala Romney hanya mendapat 206.

Pada masa sama, jika dibandingkan persaingan 2008 menghadapi John McCain, kemenangan Obama menurun kerana beliau meraih 365 undi Kolej Pemilih manakala pencabarnya, 173.

Pun begitu, kemenangan ini tidak diduga kerana sehingga petang Selasa lalu, tinjauan meramalkan persaingan sengit dengan kebanyakannya hanya meletakkan perbezaan sokongan mereka hanya satu hingga tiga peratus mata.

Sebaik berita kemenangan diketahui, pusat konvensyen yang penuh sesak meledak dengan sorakan nama Obama sambil bendera Amerika berkibar.
 
Penyokong parti Demokrat di seluruh Amerika turut mengadakan sambutan di bandar dan ibu negeri masing-masing dengan membanjiri jalan raya dan membunyikan hon kenderaan.

Dalam ucapan ringkas Romney di hadapan penyokongnya di Boston, Massachusetts, beliau mengaku kalah dan mengucapkan tahniah kepada Obama.

"Saya hubungi Presiden Obama sebentar tadi untuk mengucapkan tahniah atas pemilihannya semula," katanya mengingatkan rakyat Amerika bahawa negara itu berada dalam era kritikal dan berdepan pelbagai cabaran.

"Kita mesti bersatu dan bangkit untuk menghadapinya. Utamakan kesejahteraan rakyat daripada politik. Saya menawarkan diri sebagai calon kerana saya ambil berat masa depan Amerika," katanya.

Kemenangan Obama dibantu kejayaannya menguasai lapan daripada sembilan ‘swing states’ (negeri yang tidak memihak mana-mana calon), termasuk Ohio yang menjadi tumpuan seluruh Amerika sejak beberapa bulan lalu.

Tujuh negeri lain dimenanginya ialah Virginia, Florida, New Hampshire, Colarado, Wisconsin, Iowa dan Nevada, manakala Romney hanya menang di Carolina Utara.

Sokongan di 41 negeri lain dan Washington DC terhadap parti yang mana sudah diketahui umum lama sebelum pilihan raya.

Sebagai contoh, California adalah kubu Demokrat, manakala Texas pula Republikan.

Presiden Amerika dipilih berdasarkan 538 undi Kolej Pemilih daripada 50 negeri dan Washington DC.

Jumlah undi Kolej Pemilih setiap negeri diputuskan mengikut jumlah penduduk. Sebagai contoh, California memiliki 55 undi manakala Washington DC hanya tiga.

Calon yang mendapat majoriti mudah iaitu 270 undi Kolej Pemilih diisytiharkan menang. Calon yang mendapat majoriti undi popular tidak semestinya menjadi presiden.

Ini berlaku pada pemilihan 2000 apabila calon Demokrat, Al Gore mendapat undi popular lebih tinggi tetapi kalah kepada George W Bush yang mendapat majoriti undi Kolej Pemilih.

Obama dalam ucapannya turut berkata beliau akan berbincang dengan Romney bagaimana mereka boleh bekerjasama demi negara, untuk bergerak ke depan.

Beliau juga memberitahu penyokong Romney: “Saya dengar kamu... saya jadi presiden lebih baik kerana kamu.”

Obama berkata, agenda utama beliau ialah mencari penyelesaian kepada masalah defisit negara, sistem percukaian, sistem imigrasi, pengangguran dan perubahan iklim.

Kemenangan Obama juga disifatkan penanda perubahan dalam trend pengundi Amerika, sekali gus mengurangkan pengaruh kulit putih dan menambah pengaruh pengundi Hispanik dan Latino.

Walaupun Obama menang, Kongres terus kekal berpecah apabila demokrat menguasai Dewan Senat, manakala Dewan Perwakilan masih dikuasai Republikan.

Wednesday, November 7, 2012

kolesterol & gout

Mama nak kongsi risalah mama ambil ketika mendapat rawatan fisioterapi di Hospital Tanglin. Risalah dari Jabatan Farmasi Hospital Sultanah Bahiyah, Alor Setar. Banyak juga risalah seperti kompilasi diabetes, osteoarthiritis lutut, perkhidmatan terapi cara kerja - anger management, splint &  mobiliti kerusi roda. Mama hanya nak kongsi dua je - kolesterol & gout.


KOLESTEROL

Sejenis lemak yang dihasilkan secara semulajadi dalam badan; terdapat dua jenis kolesterol iaitu HDL - kolesterol 'baik' dan L - kolesterol 'jahat'. Kolesterol didapati dalam otak, saraf, saluran pencernaan dan jantung.

Terdapat banyak jenis ubat tetapi badan menghasilkan lebih banyak kolesterol pada waktu malam, oleh itu ubat harus diambil pada sebelah malam.

Kesan sampingan yang biasa - sakit otot dan sendi, gangguan perut, sakit kepala.

Diet dan senaman membantu dalam merendahkan kolesterol - berjalan, berenang, jogging, berbasikal, menanam dan membuat kerja rumah. Kurang pengambilan makanan berlemak tepu, makan lebih banyak makanan berserat.

GOUT

Sejenis radang sendi.

Apa penyebab?
Masalah genetik, pengambilan berlebihan makanan yang tinggi kandungan purin, penyakit ginjal, dehidrasi dan penggunaan ubat-ubatan. Semua ini akan meninggikan kandungan asid urik dalam badan dan menurun penyingkiran asid urik dalam ginjal.

Peningkatan paras asid urik dalam badan dan asid  ini akan mengkristalisasi dan termendap pada sendi lalu sendi menjadi sakit, merah dan bengkak.

Elak makan makanan purin tinggi:
- ikan bilis
- organ
- kerang, kepah
- ikan sardin
- angsa

Makan secara sederhana:
- kekacang
- daging
- cendawan, bayam, kobis bunga
- ikan, belut, telur ikan
- ketam, udang
- bijirin

Lebihkan pengambilan air 2-3 liter setiap hari, kurangkan berat badan dan lakukan senaman.

Kebanyakan ubat-ubatan hanya untuk jangka masa pendek kerana terdapat gangguan perut, ulser dan otot, muntah, cirit-birit, ruam dan gatal.

Panduan yang boleh diamalkan semasa serangan:
- rehat dan tinggikan bahagian sendi yang sakit
- minum 4-5 gelas air
- ambil ubat yang disyorkan oleh doktor

Oleh itu amalan mencegah lebih baik dari mengubati. Dua-dua penyakit ini minta kita menjaga pemakanan dan BERSENAM!



Friday, November 2, 2012

nasi tumpang

...disebut nasi tupe; mula-mula mama dengar bunyi seperti  NASI TUPAI he he he.

Sikin belanja - dibeli ketika mereka (geng empat orang) ke Promosi Kraf Inspirasi Alam yang berlangsung dari 31 Okt - 11 Nov di Komplek Kraf Kuala Lumpur, Jalan Conlay (tolong promo bagi pihak Perbadanan Kraftangan Malaysia sikit)

nasi lembik dibungkus panas-panas


lauk - telur dadar, masak lemak udang & serunding


bila sejuk seperti nasi himpit - memang sedap


MAMA MONIE SEMUA SEDAP!

TERIMA KASIH SIKIN

Alhamdulillah

... rezeki SINI

Monday, October 29, 2012

Friday, October 26, 2012

aidiladha 1433

...bersamaan 26 Oktober 2012.

Selamat Hari Raya Korban

Sunday, October 14, 2012

sibuk dua hari ni

dari pagi Sabtu sampai petang Ahad, malam Ahad sengaja nak duk rumah kalau ikut hati ada lagi aktiviti, tetapi sabar untuk tak keluar rumah

pagi Sabtu masak...


hantar kereta untuk servis dalam hujan lebat



ke kenduri akikah anak Nazariah & Lobb -Marissa Zulaikha Lobb
di Alam Impian, Shah Alam







pas tu pi Empire window shopping


bekas lada


bekas lada


bekas lada/garam



pilihan rona kontemporari


penapis



oren


hijau


bahan dari silikon





mangkuk cili sos






teko dan cawan





Suhana sebiji RM20.00


satu set RM120.00


Suhana - nak tak? he he he



turkois


biru











merah


ungu



di luar kotak! - pinggan tak segi tepat sama maupun segi empat tepat


nampak senget


bengkok


piring boleh letak kuih







merah



singgah The Loaf 


semua sedap tapi mahal kedai Tun Mathahir





Balik sempat juga singgah kelas Ustaz Aziz di AU 4 walaupun sekejap - bab kelebihan Zulhijjah. Tidur awal sikit sebab sebelah mata je mengatuk  (belah kanan) tak tau pula boleh jadi macam tu (pernah terjadi tak?) Akhirnya dua-dua mata mengatuk he he he.

Ahad pagi-pagi hantar baju untuk Siti di Taman Permata, pastu layan twins - mula nak cari sarapan di bumbung biru Lembah Kelang tetapi ramai orang, pusing balik pi beli barang keperluan twins dan barang buat biskut/kek untuk raya korban di Giant Ulu Kelang, hantar bahan binding di kedai Acik di Taman Melawati sambil  isi petrol Caltex, patah balik ambil dobi twins di Lembah Kelang, jumpa Mama Tipah, Adilah dan Ein di Taman Melati, pastu makan di Saba Setiawangsa, patah balik ambil bahan di kedai Acik, singgah Tutti Frutti di Ulu Kelang, akhir hantar twins balik ke Taman Permata - pusing-pusing 29 KM juga!


Hummus - kegemaran twins
nanti mama belajar buat he he he


roti datang dengan pesanan  Hummus


roti dalam bakul ni besar gedabak



Rateeb


roti datang dengan pesanan ayam Mogalgal


kambing Mandy


kambing Hanith 


nasi


ayam Mogalgal


gambar ehsan Goggle images