Showing posts with label geng tuisyen. Show all posts
Showing posts with label geng tuisyen. Show all posts

Monday, September 24, 2012

cuti cemas

...bumbung bocor, minggu ni hujan lebat makin ketara tirisannya. Sementara cuti sempat buat sesuatu yang tertangguh

kuah laksa untuk Adilah - isi sahaja


 kuah untuk Mak cik Asiah - blend kepala ikan


sup kepala ikan 


masak cili - juga untuk Kak Tipah 


kawan-kawan di utara kata sedap laksa dengan pulut udang/panggang
beli sebiji je untuk mencuba!


saya biasa makan dengan cucur udang


memang sedap! Sedap daripada cucur udang

Hairani - cuba cara ni pula



***Anekdot
Gambar cucur jagung - esok muat naik - dah malas la ni! Sebab nak tengok The Mask of Zorro yang tertengok pagi Sabtu sebelum ke kenduri di Astro (tak ingat channel mana). Goggle dan jumpa di You Tube - jom nak layan diri!

Sebenarnya laksa tak cadang nak buat tetapi bila berkunjung ke rumah makcik semalam; teringat dulu-dulu saya akan menghantar laksa kepada Mak cik apabila saya buatnya. Pagi ni bila terkenang kesihatan Mak cik cepat-cepat gagahkan diri.
Jagung kebetulan dah seminggu dalam peti sejuk, sebelum buruk saya hiris nipis dan buat cucur manis.
Cabai kering sudah sebulan terbengkalai dan dah nampak kulat putih sikit langsung kisar dan masak. Penuh pula peti sejuk hari ni!

Tuesday, July 17, 2012

dah balik

...geng Lembah Keramat kembali menghuni AU 5C setelah bersama kami sejak 20 Jun hingga  15 Julai kerana pengubahsuaian rumah. Gambar diambil sebelum dipasang gate dan grill.

Friday, June 29, 2012

Saturday, May 19, 2012

geng tuisyen 19 Mei 2012

laksa kari nyonya


cukup bahan terung, kantan, fish ball


gu dengan kuetiau


pulut durian/derian



punch oren blueberi


Monday, February 6, 2012

geng tuisyen 6 Feb.



***Anekdot
Atas permintaan Na yang teringin sangat makaroni sejak dua minggu lepas. Kalau free boleh layan, cuma minggu ini agak sibuk dengan sambutan Maulidur Rasul dan kenduri kahwin. Tanya hendak jenis goreng atau bakar - tak tahu untuk buat pilihan pula. Layan je lah tetapi yang lain tumpang sekaki jugalah!

Saturday, January 28, 2012

Uni Impian premis baru

 Cerita tentang tuisyen dahulu yang terpaksa berpindah ke premis baharu kerana yang lama akan dijual. Pada hari Sabtu dan Ahad dibuka hanya untuk anak-anak yatim dan anak-anak golong kurang mampu sekitarnya.

premis baharu


premis lama dengan notis perpindahan
(tertera alamat premis baharu)

Thursday, November 17, 2011

tak sempat beri

 Luqman balik pukul 10.30 tadi, belum sempat beritahu mengenai pavlova yang berbaki itu untuk rumah Lembah Keramat, Luqman habiskan. Masalahnya orang di sana sudah tahu yang saya akan menghantar pavlova. Hemmm kena buat lain nampaknya...


Luqman habiskan - seronok kalau masak semua habis
masalahnya semua gemuk - mama buat pasal

Wednesday, November 16, 2011

iftar 16 Nov

permintaan budak SPM - ayam mamak


sambal belacan je

  
salad


pencuci mulut... macam pencuci perut he he he


menambah selera (biasa pun selera memang tinggi)


mama nak ikan... seketul je... habiskan stok lama



banyak - tak terhabis...


hantar Lembah Keramat...

ada yang minta

kiri & tengah - untuk Lembah Keramat


kanan sekali untuk cikgu Adilah 
(beliau ternampak dalam FB Adilah)

Monday, October 31, 2011

tak jadi bagi

Mula-mula sekadar hendak rasa, kerana kenyang sesudah iftar.

makin keruk, makin keruk...
tinggal setengah dah


Sedap lagi apabila betul-betul sejuk... tak jadi hantar Lembah Keramat (kurang pahala he he he). Masuk dalam peti sejuk semalaman, bagaimana rasa agaknya. Esok saya beritahu...

Sunday, October 23, 2011

Kak Tipah

hantar ke Lembah Keramat

yang lain semua datang makan di Taman Permata


pagi, tgh.hari - malam

nasi, mi kari dan pengat pisang





Saturday, October 8, 2011

geng tuisyen 8 Okt.

nasi beriani pemberian Jiah


kari kambing
(kambing bawa balik dari perjumpaan ASSAK)

dan sambal belacan serta ikan goreng

macam tak kena - habiskan stok yang ada dalam peti sejuk