Showing posts with label resipi. Show all posts
Showing posts with label resipi. Show all posts

Wednesday, November 21, 2012

periuk ajaib - keli panggang

MASALAH - NANTI SAYA BUKA BLOG BARU!


Whoops! You're out of space. You are currently using 100% of your 1 GB quota for photos. Upgrade storage
Photos are stored in your Picasa Web Albums account and are included in your 1 GB free quota for photos. Additional storage you purchase is shared between several Google products and is in addition to your free quota. Learn more


... hasilnya seperti ikan yang digoreng.

MASALAH UPLOAD

Resipi:
10 ekor ikan keli
garam
- lumur ikan keli dengan garam
- masak dalam periuk ajaib
- minyak akan terhasil dan ikan menjadi ranggup
- sangat sedap
* Tambah sambal supaya menjadi keli bersambal atau makan dengan sambal tumis

periuk ajaib - ikan belah belakang

...ikan kembung sumbat sambal.

MASALAH UPLOAD


Resipi:
5 ekor ikan kembung
5 sudu makan sambal tumis
- lumur ikan dengan garam
- sumbat sambal
- masak dalam periuk ajaib selama 5 minit
- terbalikkan dan masak 3 minit lagi
- ikan 'juicy' dan tak kering

Saturday, November 17, 2012

cucur Milo

ehsan daripada Na


jangan pandang pada rupa he he he


Resipi:
1/4 paket tepung gandum (pek 1 kg)
Milo (agak sendiri he he he)
1 sudu makan gula
1/4 tin susu pekat (pek 505 ml)
air suam
- campur dan agak seperti buat jemput-jemput
- rasa jika perlu tambahan bahan atau perasa
- goreng - jangan gelap sangat, ni agak gelap!
* Tekstur agak keras tetapi ranggup, perlu tambah tepung atau kurangkan susu. Susu agak banyak penyebab keras tetapi rasa memang tak mengecewakan.

***Anekdot
Resipi ini Na peroleh ketika mengajar di sebuah tadika di Ampang sekitar10 tahun lalu. Sedap dan sangat sesuai untuk kanak-kanak. Dulu semua anak mama suka, pembantu kami Idah buatkan.

Friday, November 16, 2012

piza mudah

...@ sempoi. Teringin juga nak makan petang ni, memandangkan daging telah dimasak, dikeringkan airnya dan telah dimasukkan cili kisar. Apa lagi mudah untuk buat piza ni...

sapu sos, tabur daging


sayuran



cili kering kasar & oregano


keju


ni yang tak suka sayur


ni suka sikit sayur


Resipi:
base:
roti arab
topping:
daging - dikeringkan + cili kisar
sos - tomato & cili
bawang
tomato
mix vege
cili kering kasar (flake)
oregano
keju
- sapu sos atas roti
- letak daging
- letak apa-apa yang disukai
- tabur keju
- bakar 180 celcius 10 minit atau sehingga keju cair

cucur ikan bunga air

...terpandang ikan ni di pasar raya Hero, terus teringin (teringin semuanya petang ni!). Orang KL panggil ikan bilis. Mama beli 20 ekor RM1.60 sebab anak-anak tak akan makan makanan alien ni he he he


gorengan pertama pucat


make-up dengan kunyit sikit


kan cantik!


cicah dengan sos cili


atau dengan nasi



Resipi:
20 ekor ikan bunga air
1 cawan tepung gandum
sayur - mama ada mix vege dan daun sup
garam, gula ,air, kunyit
- gaul
- ketika goreng kembarkan 2-3 ekor
*makan bersama-sama sos cili atau dengan nasi

pajeri terung

Teringin nak makan, balik kerja terus buat sebab terung memang dah beli sebab cadang nak buat muossaka tetapi tetamu tak jadi datang. Kebetulan ada banyak terung, esok-esok boleh buat juga muossaka. Malam ni buat pajeri ni dulu untuk lepas gian...


Resipi:
2 terung - potong 4 tak putus
3 sudu makan rempah daging
1 sudu udang kering - kisar
1 bawang besar - kisar
1/2 kelapa - santan @ santan kotak 100 ml
2 sudu kerisik
halia - mayang
kulit kayu manis
garam, gula kabung
- tumis bahan kisar
- masuk rempah dan cili kisar
- biar sampai pecah minyak
- masuk santan dan terung
- masuk yang berbaki
- masak sampai pekat
- rasa masin dan manisnya

Wednesday, November 14, 2012

lempeng wholemeal lagi

...bila dah mula minat lempeng, mama buat menu ulangan. Mudah lagi buat lempeng daripada muossaka, enchildas, quiche, yang penting ada kari esok @ lusa he he he maksudnya kari semalam @ kelmarin dulu




Resipi:
3 cawan tepung wholemeal
2 cawan tepung gandum
2 telur
1/2 sudu teh garam
5 cawan air
- campur dan lempengkan...
- dapat 18 keping
* kali ini lebih lembut dan nipis

Saturday, November 10, 2012

puding skon cranberry

...baki tinggal 3 biji lagi, makan je cuti-cuti hujung minggu



Resipi
1 skon
1 gelas lassi mangga
- rendam je
- terus makan @ tunggu kembang

roti kerca


Bila anak-anak mama suka lempeng maka mamapun masak roti kerca pula;  sepupu-sepapat/adik-beradik lempeng/lempiang cuma tambah susu dan persembahannya juga ada kelainan sedikit.

Selepas dimasak roti kerca ni biasanya dipotong menyerong - mungkin untuk nampak cantik. Resipi ini daripada kawan juga senama; Moni Mansor. Menurutnya roti kerca ni memang dah lama, sejak dia kanak-kanak lagi tetapi mama dari Kedah Selatan tak pernah tahu, mungkin orang di Kedah Utara sahaja yang biasa dengan makanan ini.

Cicah dengan gulai/kari esok @ lusa he he he semalam @ kelmarin memang sedap. Kebetulan masih ada kari kambing, sikit je pun tetapi memadai.



lambak je


terajin - susun sikit


masalah lighting


entah bila nak tukar bulb


tinggi juga tapi lampu & tangga memang ada



Resipi:
3 cawan tepung
2 1/2 cawan air
1 1 /2  cawan susu (saya guna UHT)
1/2 sudu teh garam
2 sudu makan minyak sapi
1 telur

***Anekdot
Mama tak pernah buat lempeng/lempiang gandum sahaja kerana mak dulu tak pernah ajar kami makan lempeng/lempiang kecuali lempeng/lempiang kelapa. Lempeng yang sewaktu dengannya yang pernah mama makan ialah kulit ketayap/kuih dadar yang berbaki mama cicah kari - kari lagi! Di utara lempeng dikenali sebagai roti nyok tetapi keluarga mama panggil peknga 'tempek dalam belanga'.

Kalau ada lebih kari atau kuah kari sekalipun bapak mama mesti minta buatkan roti canai. Kakak mama yang kena uli atau mama tapi banyaknya kakak yang kena uli doh. Sekarang roti canai yang pernah mama buat tak dapat tekstur roti canai seperti dulu-dulu mungkin kerana tepung atau minyak masak. Sekarang roti canai hanya boleh diperap dalam majerin dan bukan semua tepung gandum boleh dibuat roti canai.

Selain roti canai gu dengan kuah kari yang paling keluarga mama suka; ada satu lagi iaitu bawang jeruk (kegemaran kakak) semestinya berwarna merah, entah tak tau sebabnya. Mama suka makan dengan majerin tabur gula atau susu manis (cap Junjung). Kalau tok/nenek sebelah emak mama pula selepas canai roti, hiris pisang, tabur gula sikit kemudian lipat kemas-kemas baru masak. Pernah juga tok/nenek guna telur, bawang, lada hitam dan daun bawang.

Wednesday, November 7, 2012

skon cranberry

resipi ehsan dari internet



sebelum dibakar


bulat-bulat kecil & bulat besar kemudian potong 8


selepas dibakar






Sebelum Luqman mai ambil sebahagian besarnya untuk sarapan esok dan untuk bekal Mama Tipah& Aah ke sekolah pagi esok kerana Adilah memerlukan bantuan sehingga ke garisan terakhir he he he - esok matematik!

Resipi
3 cawan tepung
1/2 cawan gula halus
11/2 sudu teh baking powder
1/2 sudu teh soda bikabonat
1/4 sudu teh garam
1/2 cawan buttermilk
1 sudu makan susu pekat
1/2 mentega sejuk - dadu
1/2 cawan kranberi/cranberry kering - potong
1 telur
zest dari 1 biji oren
- tepung, baking powder,soda, garam gaul sebati
- masuk mentega dan ramas
- masuk semua yang berbaki
- terap, bulat-bulat, potong (ikut citarasa)
- bakar 180 celcius 20-25 minit
- makan bersama-sama mentega Lurpak, madu atau jem marmalad (ikut citarasa)
- makan sahaja pun sedap

tom yam putih



...petua ehsan daripada Jiah:

10 ekor udang
2 sotong - buang kulit
2 cawan isi ayam
1 karot - wedges
1 tomato - wedges
1 bawang besar - wedges
1/2 cili benggala kuning - dadu
7 cili padi
1 serai - ketuk
2 limau nipis - jus
bunga kobis
3 hiris lengkuas
akar daun sup - basuh bersih rendam dalam air garam
5 mug air
garam
- rebus air
- masuk ayam, serai, lengkuas dan karot
- masuk bunga kobis
- masuk semua yang berbaki
- tutup api dan jus limau
* sayur terpulang pada cita rasa masing-masing




pretzel

..Aah buat pagi kelmarin

Resipi:


4 teaspoons acrive dry yeast
1 teaspoon white sugar
1 1/4 cups warm water (110 degrees F/45 degrees C)
5 cups all-purpose flour
1/2 cup white sugar
1 1/2 teaspoons salt
1 tablespoon vegetable oil
1/2 cup baking soda
4 cups hot water
1/4 cup kosher salt, for topping

1.    In a small bowl, dissolve yeast and 1 teaspoon sugar in warm water. Let stand until creamy, about 10 minutes.
2.    In a large bowl, mix together flour, 1/2 cup sugar, and salt. Make a well in the centre; add the oil and yeast mixture. Mix and form into dough. If the mixture is dry, add one or two tablespoons of water. Knead the dough until smooth, about 7 to 8 minutes. Lightly oil a large bowl, place the dough in the bowl and turn to coat with oil. Cover with plastic wrap and let rise in a warm place until doubled in size, about 1 hour.
3.    Preheat oven to 450 degrees F (230 degrees C). In a large bowl, dissolve baking soda in hot water.
4.    When risen, turn dough out onto a lightly floured surface and divide into 12 equal pieces. Roll each piece into a rope and twist into a pretzel shape. Once all of the dough is all shaped, dip each pretzel into the baking soda solution and place on a greased baking sheet. Sprinkle with kosher salt.
5.    Bake in preheated oven for 8 minutes, until browned.

Resipi ehsan dari Internet

Sunday, November 4, 2012

sup MONIE

...sup pasta abjad A-Z & angka 0-9. Kalau ada anak kecil sangat sesuai, sambil makan sambil belajar he he he.






Resipi:
daging yang ada tulang @ tulang yang ada daging he he he
bunjut sup
air
halia
garam
asesori - daun sup/daun bawang, serbuk lada sulah (ikut citarasa)
- masak sampai daging empuk
* mama tak masuk apa satu rempah seperti cengkih, pelaga atau kulit kayu manis sebab daging ni daging baru (daging korban)
* cili padi & sambal tumis memang sedia ada tetapi rasanya nak makan cara 'kosong'. Sekadar daun sup & daun bawang serta serbuk lada sulah untuk menikmati sedikit kepedasan bukan 'berapi'.
* celur pasta berabjad.

***Anekdot
Sebenarnya sup ni banyak - seperiuk (banyak sebab tulang besar je), jadi mama buat dua periuk. Periuk kecil ambil daging yang dipotong daripada tulang dan masukkan karot (tu je sayur yang ada dalam fridge); dan komen dari anak-anak, periuk yang ada karot lebih manis. Masih ada sebatang lagi karot dan mama akan buatkan karot yang masih berbaki tu.

Saturday, November 3, 2012

lempeng wholemeal

...dinner kami. Anak-anak mula suka lempeng, hari lempeng sedunia...

12 keping semuanya





baki 1 1/2 keping yang pagi tadi



buat kari daging korban lagi malam ni




Resipi:
4 cawan tepung wholemeal
1 cawan tepung gandum
4 1/2 cawan air
1 telur
- campur dan masak guna non-stick pan
* jenis tepung yang hisap/sedut air dan bancuhan jadi kembang