Showing posts with label resipi - kek lapis. Show all posts

Wednesday, October 24, 2012
kek lapis Horlick
...resipi dari internet tetapi saya ubah suai ... maaf ye derhaka lagi!
Resipi:
500 gm mentega ( 2 buku)
10 telur saiz A
200 gm gula halus
1/2 tin susu manis (505 gm)
3 gelas tepung hong kong (saiz gelas teh mamak)
200 gm Horlick
5 sudu makan seri kaya
1 sudu teh vanilla
- pukul mentega dan gula
- masuk susu dan seri kaya
- masuk vanilla
- masuk telur
- masuk tepung dan Horlick
- lapik kertas pada acuan dan sapu mentega
- 1 senduk = 6 sudu makan untuk tiap lapis
- bakar api bawah 200 darjah lapis pertama sekitar 5 minit
- seterusnya guna api atas @ grill 180-200 darjah 5-7 minit
- buat sampai habis semua adunan
- akhir sekali api atas & bawah 150 darjah selama 15 minit
***Agak manis, lain kali kurungkan gula. Rasa? - boleh tahan juga
kek lapis masam manis
...@ kek lapis haw flakes
Resipi:
500 gm mentega (2 buku)
10 telur saiz A
130 gm gula halus
1 tin susu manis (505 gm)
2 sudu makan jem resberi
350 gm tepung hong kong
100 gm Horlick
1 sudu teh vanilla
kepingan haw flakes (tadi guna 9 bungkus)
- pukul mentega dan gula
- masuk susu dan jem resberi
- masuk vanilla
- masuk telur
- masuk tepung dan Horlick
- lapik kertas pada acuan dan sapu minyak/mentega
- 1 senduk = 6 sudu makan untuk tiap lapis
- bakar api bawah 200 darjah untuk lapis pertama 5 minit
- seterusnya api atas @ grill 180-200 darjah 5-7 minit
- buat sampai habis adunan
- akhir sekali guna api atas & bawah 150 darjah 15 minit
- mula ditutup dengan foil tetapi tak garing permukaan
- akhirnya buka foil
*** Saya buat selapis letak haw flakes kemudian saya selang dua lapis pula - terpulang pada cita rasa
gambar kurang pencahayaan
kelam sikit
bulb tak menyala satu di dapur

perihal kek lapis
...pertama kali buat dan terus buat dua biji sebab tak mahir dan daripada terbuang api oven terus terfikir buat dua sekali gus. Memang jimat api dan boleh dapat dua kek dalam masa 1 1/2 jam. Bijak juga... kadang-kadang.
Saya jumpa banyak resipi dari internet dan saya ubah suai resipi sebab nampak lembik dan lagi penggunaan mentega yang banyak tetapi tepung yang sangat sedikit (pandai-pandai je - ni namanya derhaka pada resipi!).
Kek lapis memang "very rich", berat dan lembab. Tengoklah hasilnya sebelum dipotong (belum fikir caranya untuk keluarkan dari acuan kerana tak berani nak telangkupkan kek sebab tidak menggunakan ovellet atau quick 75).
Masa yang diambil sekitar tiga jam - penyediaan dua adunan satu jam dan baking 1 1/2 jam, basuh dan kemas perkakas lagi 1/2 jam he he he berkira betul! Berbaloi sangat tetapi rasa belum tahu lagi. Baru selesai membuatnya dan perlu tunggu hingga betul-betul sejuk baru dipotong.
Letak sedikit pewarna sebab rasa akan terlalut, kut terambil salah adunan sebab masih terkial-kial, tambahan bila letak haw flakes dah lupa bancuhan yang mana satu - kuning lemon
Resipi saya akan sertakan pada entri kek berkenaan... Jom layan gambar!

menggelembung - cucuk dengan lidi, tekan guna belakang sudu
gelembung hanya selepas banyak lapis
mula tutup dengan foil tapi lambat garing - buka foil
dah siap
sejuk baru potong
Subscribe to:
Posts (Atom)