Showing posts with label kenangan. Show all posts
Showing posts with label kenangan. Show all posts

Saturday, October 27, 2012

makan je le

...cuti-cuti ni. Tak banyak nak cerita mengenai raya korban kali ini sebab sembelihan korban hanya akan dilaksanakan pada hari Ahad ini. Hari ni (Sabtu) Masjid Shakirin laksanakan korban; jadi Surau Mustaqim memilih untuk menyempurnakan ibadah korban esok.

Twins selepas Jumaat beraya di rumah Zainol (akikah kambing dua ekor), dan kami juga dijemput tetapi mama malas nak bergerak... berlingkar je macam ular he he he. Sampai petang boleh mama layan cerita Mae Lambung tak pasal je sebab Luqman buka cd tetapi dia tidur. Sempurnalah raya mama tengok satu cerita he he he (tak pasal-pasal!).

Kira-kira pukul 6.00 petang Nafisah telefon minta kami semua ke rumahnya (telah dimaklumkan minggu lepas lagi). Mama memang tak berhajat  pergi sebab tak mau makan banyak, maka mama pun makan nasi daging ayam pukul 5.00 petang. Memandangkan beriya-iya Nafisah minta kami ke rumahnya, katanya "Sapalah nak tolong berabeh laksa, mi tulang kami ni." Maka kami sekalian hamba-hamba pun ke rumahnya sekitar 6.00 petang - maka terBUKAlah perut mama untuk menerima mi tulang dan dadih yang sangat sedap. Mi tulang sungguh istimewa; dah minta resipi tapi tak ambil..., nantilah mama minta resipi tetapi buat masa... makan dulu kenyang-kenyang. Memang sedap - tulang lembu, udang, sotong dengan ubi keledek - perrrhhh... tak tau nak HABAQ! Dadih pula rasa seperti susu kerbau!

Sejak dua minggu lalu twins minta buatkan lagsane, mama nak buat pagi raya tetapi banyak pula makanan, jadi buatkan lagsane pagi ni. Sejak balik cuti petang Rabu, twins iftar di Al Rawsha, tengah malam pula makan McD (Luqman layan), tengah malam semalam McD lagi (kak Na layan selepas beraya di rumah Leni; selepas kami ke rumah Nafisah; mereka ke rumah Leni pula)

sarapan raya ke-2


lagsane


buat dua bekas


Nafisah bagi kek coklat & dadih
coklat kek yang sangat sedap



kek keju 



beraya rumah Nafisah 
(mi tulang & laksa tak bergambar sebab sedap he he he)
aneka kek


kek pagi raya


pulut bakar



kek prune terjun  he he he
sebab oven teroff timer


kek coklat - tak berapa sedap sebab tu tak buat topping
tapi tinggal setengah tin


ayam merah


nasi daging - ganti ayam untuk hari raya


sarapan raya - cucur udang  sekilo tepung!


sahur mama - roti Suzanti beli di Teluk Intan wow!
bakar sapu butter Luprak & kaya


sarapan Adilah


sahur twins - humnus



...roti dari Ar Rawsha


kemas kek lapis


dan bedak-bedak pada jiran


banyak pula


kurang diminati - perlu buat kek coklat yang lebih sedap
CUBA LAGI!!!


nak cerita sikit je... jadi panjang berjela juga...


***Anekdot
Resipi untuk sukatan dua loyang seperti dalam gambar. Ini resipi lain daripada yang lepas - guna tomato pes

Resipi:
Isi Ayam:
800 gm isi ayam @ daging kisar (saya guna daging)
1 biji tomato - dadu 
1 tin kecil pes tomato
4 sudu makan cili giling
3 biji bawang besar - dadu
1 tin cendawan butang 
garam
- panas minyak 
- masuk sedikit bawang
- masuk cili giling
- masuk isi ayam @ daging 
- masuk cendawan dan baki bawang
- rasa garam

Sos Bachamel:
6 sudu makan mentega
5 sudu makan tepung
2 telur
1 tin susu cair
1 1/2 tin susu air 
secubit garam
- panas mentega
- masuk tepung
- masuk cecair
- masuk telur
- sentiasa kacau
** resipi ini agak lemak berbanding yang lepas

Persembahan:
- sapu minyak pada bekas/tin pembakar
- letak kepingan lasagne
- tabur isi ayam @daging
- letak sos bachamel
- ulang lapis lasagne, isi ayam dan sos bachamel hingga habis
- tabur keju
- bakar 150 cecius 20-30 minit

Sunday, October 7, 2012

Konvokesyen UIAM ke-28

Nazrin selepas 27 konvoksyen Papa Zul & Mama Tipah. Sesi ke-4, 9:00 pagi, Ijazah Undang-Undang, Bio-Tech, Bio-Sains dan Matematik




kami dapat ruang VIP






perarakan masuk







Nazrin - Ijazah Undang-Undang





ruang ibu bapa di atas






disempurnakan oleh YB Dato; Khalid Nordin
anak YB juga menerima ijazah dalam sesi ini




Nazrin bersama Papa Zainal & Mama Monie


bersama Papa Zul & Mama Tipah


untung ramai Papas & Mamas







bersama ladies



dan bersama Mak Ngah Monie


confusing kan!


 parents & siblings





ikut je photographer suruh buat he he he



bersama-sama Dato' Sri DiRaja YB Zambry dan Datin Sharipah


sama first batch UIAM bersama-sama Papa & Mama


...anak sulung YB Dato' & Datin,  Husna pun turut sama konvo pada sesi ke-4 ini; Bio-Tech. Gambar bersama-sama ibu bapa Dato & Datin



lama tak jumpa


anak-anak YB


                  dua lagi akan selesai tahun hadapan juga di UIAM



anak Dr.Darnita dan menantu


Dr. Darnita jiran Kak Tipah







untuk yang tersayang


dapat lagi...


...dan lagi





meriah





Dr. Abu Musa dan Nasrah


abang


adik


...kemudian rai di Saba, Setiawangsa SINI





Riry datang waktu makan
bawa hadiah bunga, juga dari Aina




kambing Mandy


ramai yang makan ayam Mandy


papa Zainal - ayam panggang


Nasrah - kambing Hanith


Adilah - kambing Khabshah


Farhah - roti Rateeb (dengan habatus saudah)



teh pelaga/teh Arab



Farhah & Adilah juga datang waktu makan 




...dan lagi...


...lagi... kalaulah boleh dimakan! he he he




...bila semua dah kenyang


thanks papas belanja kami semua


TAHNIAH EIN

***Anekdot
Dua orang anak Rektor UIAM, Prof Dr. Zaleha juga konvo pada sesi ini; Ijazah Undang-Undang.
Ramai anak-anak batch pertama UIAM konvo tahun ini. Farhah - Insya Allah 6 tahun lagi!