Showing posts with label resipi - kuih. Show all posts
Showing posts with label resipi - kuih. Show all posts

Saturday, November 17, 2012

cucur Milo

ehsan daripada Na


jangan pandang pada rupa he he he


Resipi:
1/4 paket tepung gandum (pek 1 kg)
Milo (agak sendiri he he he)
1 sudu makan gula
1/4 tin susu pekat (pek 505 ml)
air suam
- campur dan agak seperti buat jemput-jemput
- rasa jika perlu tambahan bahan atau perasa
- goreng - jangan gelap sangat, ni agak gelap!
* Tekstur agak keras tetapi ranggup, perlu tambah tepung atau kurangkan susu. Susu agak banyak penyebab keras tetapi rasa memang tak mengecewakan.

***Anekdot
Resipi ini Na peroleh ketika mengajar di sebuah tadika di Ampang sekitar10 tahun lalu. Sedap dan sangat sesuai untuk kanak-kanak. Dulu semua anak mama suka, pembantu kami Idah buatkan.

Sunday, September 2, 2012

lengat pisang

...nanti beri resipi

Resipi:
3 cawan pisang lecek
1 1/2 cawan tepung gandum
2 sudu makan tepung beras
5 sudu makan gula
1 cawan santan
secubit garam
- campur semua
 -panas loyang
- curah bancuhan
- kukus 40 minit

Monday, April 16, 2012

bingka

... rupa asal, masak guna periuk serba guna, kurang garing permukaannya



dibakar semula dalam oven menggunakan api atas 15 minit 175 celcius


rupa asal .. tak sabar nak makan



***Resipi
2 cawan tepung
1 kotak santan (200 ml)
2 cawan air
3/4 cawan gula
4 telur
1 tin jagung (whole in brine) + 1/2 cawan air - kisar
1 sachet minuman jagung 3 in 1
2 sudu mentega
- panas mentega dalam loyang
- campur semua
- masuk dalam loyang
- bakar 40 min - 1 jam

***Anekdot
Bila tengok jagung dalam tin yang ada jenis ini, maka terpaksalah dikisar. Jagung ini dibeli agak lama, cadangnya untuk membuat mufin. Ada dua tin semuanya yang belum luput tarikh. Baki satu tin untuk Adilah  buat cucur jagung. Jenama Hosen tanpa catatan beratnya, entahlah main rejam je lah...

Sunday, April 8, 2012

pisang - kek/roti & lempeng

...pemberian Mak Aji pada 19 Mac lalu, pisang masih elok walaupun kulitnya buruk.
Selepas dua hari pemberian pisang masak semuanya dan disimpan dalam peti sejuk.






nak pangil kek @ roti?




lempeng /lempiang


kalau ada daun pisang tentu wangi daun terbakar!



Resipi Kek/Roti Pisang:
1 1/2 cawan pisang lecek
3/4 cawan gula halus
2 cawan tepung
1/2 cawan minyak
2 biji telur
2 sudu kecil soda bikabonat
- pukul telur & gula
- masuk minyak
- masuk semua yang berbaki


Resipi Lempeng Pisang:
1 cawan pisang lecek
1 cawan tepung
1 telur (gunag baki epal tart)
2 sudu makan kelapa
garam, mentega
- campur semua
- masak dalam kuali leper


***Anekdot
Pisang jika disimpan di dalam peti sejuk boleh bertahan agak lama. Memandangkan pisang ini jenis kulit tebal, lebih dua minggupun masih elok lagi.
Jika pisang emas yang dibeli terlalu masak - lenyek, campur sedikit tepung gandum dan simpan dalam peti sejuk. Bila ingin menggorengnya (cucur kodok) tambah sedikit lagi tepung, gula dan garam.
Tok Leha - emak bapak menambah telur dalam adunan cucur kodok. Al-Fatihah

***Anekdot
Farhah yang buat tetapi mama yang arahkan. Mama bab arah mengarah memang hebat he he he.

Terima kasih Aah

Sunday, April 1, 2012

cucur crabstick

tunggu...







Resipi:
1/2 kilo tepung gandum
2 biji bawang besar - dadu
7 pokok kucai - mayang (ikut suka)
4 batang crabstick (panjang) - mayang
air, garam, gula, minyak
tauge (atau apa-apa sayuran - kobis, karot, cili merah)
- campur, gaul, rehatkan 15 minit dan goreng.

***Anekdot
Selalunya saya akan gunakan crabstick untuk menggantikan ikan bilis dalam sayur-sayuran. Hari ini teringin mencuba crabstick - ye le bagi menggantikan ikan bilis dan udang yang dikatakan berkolestrol.
Menurut kak Tipah - beliau menggantikan ikan bilis dengan fish ball dalam sayurannya.
Keluarga saya kalau buat laksa mesti ada cucur - apa-apa pun boleh; ikan bilis/udang/ atau yang bodoh je (campuran sayuran, telur dan tepung)

Rasanya?
Rasa lemak dan crispy bila tergigit isi crabstick,  tepungnya rasa manis seperti manis ketam. Sedap itu biasalah bagi saya. Alhamdulillah tekak ini semuanya sedap belaka. Cubalah kalau tak percaya.

Monday, January 23, 2012

keria

 goreng separuh kuning, simpan dalam peti sejuk, sira bila perlu







Resipi:
6 cawan ubi keledek (rebus & lecek)
3 cawan tepung gandum
- gaul, bulat dan lubangkan
- goreng
1/2 cawan gula pasir
1/4 cawan air
- masak untuk sira
- untuk 30 biji

Sunday, December 25, 2011

pengAPOMan

 1st round












2nd round




1st round Luqman hantar rumah Hairani



2nd round saya bawa sendiri


untuk rumah













Resipi:
1 cawan tepung gandum
1 cawan tepung beras
1 cawan nasi
1 sudu makan yis kering (saya guna Mauripan)
1/2 cawan gula - kurang manis (elok seperti resipi lama 3/4 cawan)
2 cawan air
- Blend nasi, yis, 1/2 cawan air dan gula
- Campur semua bahan dan 1 1/2 cawan air
- Biar 2 jam, sehingga berbuih
- Tambah pewarna
- Bekas plastik disapu minyak
- Masuk adunan dan kukus 20 minit
- Makan bersama-sama kelapa parut yang ditambah sedikit garam

***Anekdot
Resipi hari ini menggunakan:
3 cawan nasi yang dimasak
3 paket tepung beras
2 kg gula (tak habis)
2 kg tepung (tak habis)
6 paket mauripan
*semua 12 adunan - 153 biji