Showing posts with label resipi - pavlova. Show all posts
Showing posts with label resipi - pavlova. Show all posts

Wednesday, November 30, 2011

pavlova 2

rupa comot sebab tidak ada masa nak perelok


hasilnya - janji ada 'kolam'


cover line - sapu krim cantiklah  he he he


lain kali tidak payah cantik-cantik, boh make-up je he he he
kuih pun boleh make-up, kalau make over ???


Resipi:
6 telur putih (telur kecil)
1/2 cawan gula icing
2 sudu makan tepung jagung
1 sudu makan vanila
1 sudu makan cuka

Hiasan:
1/2 cawan whipping cream - putar sampai gebu
buah-buahan

Cara-caranya:
-pasang oven 130 celcius
- buat dasar atas kertas surih mengikut saiz yang dikehendaki
- putar telur putih sampai gebu
- masuk gula sedikit demi sedikit
- masuk tepung jagung
- masuk vanila dan cuka
- letak atas kertas tadi anggaran jangan melebihi 8 inci atau mengikut cita rasa
- buat seperti kolam
- bakar 130 celcius selama 1 jam 30 minit
- bakar hanya menggunakan api bawah
- warna akan bertukar menjadi seperti warna kulit telur
- selepas ditutup elektrik tinggalkan pavlova di dalam oven dengan pintu oven direnggang sedikit selama 1 jam lagi
- hias dengan krim dan buah-buahan
*kertas surih menyebabkan pavlova melekat sedikit tetapi masih boleh ditanggalkan. Saya sarankan menggunakan aluminuim foil pula, mungkin lebih berkesan.
*buah longan bagi saya paling sedap dimakan bersama pavlova - kalau dimakan bersama sirap longan lagi bertambah  umph!
(CUT & PASTE)

resipi ehsan Youtube
THUMBS UP - MEMANG SEDAP

pavlova 1 - tak menjadi

Tak tahu kenapa...



merudum terkelepek
selepas direhatkan di dalam oven 


sapu topping, tabur buah-buahan... cantik juga


menurut Farhah - ini lebih sedap dari yang satu lagi


komen kawan-kawan Luqman... SEDAP!
rupa - boleh cover dengan topping he he he


Resipi:
5 telur putih (gred A)
1 cawan gula icing
2 sudu makan tepung jagung
1 sudu makan vanila
1 sudu makan jus lemon

Hiasan:
1/2 cawan whipping cream - putar sampai gebu
buah-buahan
Cara-caranya:
-pasang oven 130 celcius
- buat dasar atas kertas surih mengikut saiz yang dikehendaki
- putar telur putih sampai gebu
- masuk gula sedikit demi sedikit
- masuk tepung jagung
- masuk vanila dan cuka
- letak atas kertas tadi anggaran jangan melebihi 8 inci atau mengikut cita rasa
- buat seperti kolam
- bakar 130 celcius selama 1 jam 30 minit
- bakar hanya menggunakan api bawah
- warna akan bertukar menjadi seperti warna kulit telur
- selepas ditutup elektrik tinggalkan pavlova di dalam oven dengan pintu oven direnggang sedikit selama 1 jam lagi
- hias dengan krim dan buah-buahan
*kertas surih menyebabkan pavlova melekat sedikit tetapi masih boleh ditanggalkan. Saya sarankan menggunakan aluminuim foil pula, mungkin lebih berkesan.
*buah longan bagi saya paling sedap dimakan bersama pavlova - kalau dimakan bersama sirap longan lagi bertambah  umph!
(CUT & PASTE)

***Anekdot
MUNGKIN kerana ditinggalkan dengan meregangkan pintu oven agak rapat, MUNGKIN kerana lemon, MUNGKIN kerana terlebih gula, tetapi resipi asal 1 cawan gula pasir dan 1 cawan gula icing. 

MUNGKIN... MUNGKIN... MUNGKIN..!

Thursday, November 17, 2011

pavlova

Sebutan pav-Loh-voh 
sempena nama penari Anna Pavlavo sekitar 1920an yang menari menggunakan hujung jari kaki

buat bulatan 8 inci atas kertas surih


telur putih - gebu - masuk gula... tepung jagung... cuka... vanila


buat seperti kolam


bakar 1 jam 30 minit - 1 jam lagi selepas tutup elektrik
warna kulit telur


putar whipping cream


hias ikut cita rasa


cari gambar terbaik he he he


lagi...


lagi... kamera tak canggih


sama juga


serupa je

 Resipi:
Bahan:
5 putih telur
1/3 cawan gula icing
1 sudu makan vanila
1 sudu makan cuka
2 sudu makan tepung jagung
Hiasan:
1/2 cawan whipping cream - putar sampai gebu
buah-buahan
Cara-caranya:
-pasang oven 130 celcius
- buat dasar atas kertas surih mengikut saiz yang dikehendaki
- putar telur putih sampai gebu
- masuk gula sedikit demi sedikit
- masuk tepung jagung
- masuk vanila dan cuka
- letak atas kertas tadi anggaran jangan melebihi 8 inci atau mengikut cita rasa
- buat seperti kolam
- bakar 130 celcius selama 1 jam 30 minit
- bakar hanya menggunakan api bawah
- warna akan bertukar menjadi seperti warna kulit telur
- selepas ditutup elektrik tinggalkan pavlova di dalam oven dengan pintu oven direnggang sedikit selama 1 jam lagi
- hias dengan krim dan buah-buahan
*kertas surih menyebabkan pavlova melekat sedikit tetapi masih boleh ditanggalkan. Saya sarankan menggunakan aluminuim foil pula, mungkin lebih berkesan.
*buah longan bagi saya paling sedap dimakan bersama pavlova - kalau dimakan bersama sirap longan lagi bertambah  umph!

***Anekdot
Ramai yang pernah mencuba pavlova mengatakannya tersangat manis, saya kurangkan penggunaan gula tetapi saya menggunakan gula icing sepenuhnya tanpa campuran gula lain kerana tekstur yang halus dan mudah larut.
Tekstur pavlova saya tidak ranggup tetapi agak anjal kerana saya menggurangkan penggunaan gula.
Anak-anak suka (mungkin kerana tidak manis).