... dihasilkan ketika serumah dengan Jamiah Ahmad (1988). Kami sama-sama menghasilkan corak ini (1988), tetapi Jamiah yang membuatnya dahulu dan memberikan kertas pattern kepada saya dalam keadaan "lanyau" dan hampir tidak dapat dibaca. Terima kasih Jamie.
Dulu-dulu saya suka semua seni jahitan Alhamdullillah:
- Jahit silang pangkah (cross stitch) menggunakan sejenis jarum khas, pendek, tumpul, berlubang panjang dan besar.
- Krusye menggunakan jarum yang mempunyai cangkuk - rasa memang pakar sangatlah.
- Kniting menggunakan jarum panjang 2 batang - tapi tidak cepat sangat.
- Tating menggunakan alat dipanggil cuban.
- Kain saprah menggunakan ram dengan pelbagai jenis jahitan.
- Baju kurung moden atau baju fesyen.
Saya cuba carikan hasil kerja tangan saya dulu-dulu ini lagi kerana bahan-bahan tersimpan di merata-rata. Di rumah 2 orang kakak saya pun masih ada lagi.
***Anekdot
Yang saya pernah hasilkan
- 1 bingkai cross stitch di rumah Kak Maziah - besar, panjang, 3 tangkai bunga ros, 2 pink dan 1 kuning berlatar belakang kain hitam. Dihasilkan pada tahun 1985, saya minta kak fremkan terus tak ambil (mungkin masa itu asyik berpindah, maklumlah bujang!
- 2 set kusyen cross stitch di rumah Kak Maznah - gambar sepasang arnab; kain merah dan sepasang kartun; kain kuning (lelaki beri bunga kepada perempuan) . Dihasilkan pada tahun 1977 ketika menunggu keputusan MCE
***Peringatan
Nikmat terbesar Allah kepada kita ialah kita dilahirkan sebagai MANUSIA -iaitu sebaik-baik kejadian.
No comments:
Post a Comment