..kerana terlambat dan perlu menghantar Farhah ke tuisyen, maka sempat membuat bihun + cabai jeruk dalam masa 25 minit dari rendam bihun dan sotong yang masih keras. Sotong tu picit2, bihun potong2 dan jerang air panas.

panas minyak sedikit, masuk 1 biji tomato agak layu

tuang air panas, masuk 3 sudu cili
ready-made, 2 sudu sos tomato, 2 sudu sos cili, 2 sudu sos tiram, garam dan gula sikit sebab cili sudah ada garam dan gula

masuk bihun

bihun agak tenggelam, dengan api garang cepat bihun resap air, kecilkan api
... siap!
*** Anekdot
Kuali berusia lebih 23 tahun tinggalan Kak Tipah di rumah saya. Non-stick pan agak mahal juga ketika itu. Kerana tergesa-gesa ke Perlis maka kuali bekas menggoreng burger ditinggalkan tanpa dibasuh. Bapa mertua datang (kelebihan bapa mertua memang suka menolong dan tidak boleh melihat keadaan yang tidak kemas - al-Fatihah) terus mencuci kuali ini. Kemudian bapa mertua telefon dan memberitahu "Ayah dah kemas dapur dan cuci kuali kau sampai PUTIH!"
No comments:
Post a Comment