Thursday, December 15, 2011

sanad serban

Muhammad Asim bin Muhammad Zuhir, 15 tahun menerima pemakaian sanad serban dan selendang daripada Ustaz Adnin Yahya kerana berjaya menghafal 30 juzuk al-Quran. Beliau mengambil masa selama tiga tahun untuk menghafal. Ustaz Adnin membacakan sanad yang beliau terima daripada gurunya dari Yaman sehingga bertemu kepada Saidina Ali dan Puteri Rasulullah Fatimah Ar-Zarrah.



Ustaz Adnin melilitkan serban sambil membaca ayat kursi, kemudian membaca sesuatu sambil tangan dipekap ke dada Muhammad Asim. Ayahanda Azim, Ustaz Muhammad Zuhir berselendang putih dan hitam merupakan imam Surau Al-Mustaqim



Sebelum itu diadakan ceramah mengenai kelebihan orang menghafal, membelajar dan mengajar al-Quran






MUHAMMAD ASIM


***Anekdot
Selepas ini Asim akan mengulang bacaan sehari satu juzuk sehingga selesai. Kemudian sehari 2 juzuk sehinggalah sehari 30 juzuk dan dianggarkan beliau akan mengulang sebanyak 40 kali. Dalam ucapan Ustaz Muhammad Zuhir beliau menceritakan bahawa selepas SPM beliau ke Pakistan dan Mesir untuk menghafal al-Quran tetapi terpaksa balik atas sebab kesihatan. Beliau sempat menghafal sembilan juzuk tetapi anaknya yang diizinkan oleh Allah untuk menghafal al-Quran. Ramai yang mengalir air mata ketika melihat Ustaz Adnin melilit serban sambil membaca ayat kursi.

1 comment:

  1. Alhamdulillah...sejuk hati bila tengok anak2 jadi insan yg beriman...

    ReplyDelete