Monday, December 26, 2011

chicken pie























Resipi:
Crust: Untuk 2 biji pai
4 1/2cawan tepung gandum (elok guna 5 cawan supaya penutupnya lebih tebal)
1 1/2 mentega
2 sudu makan shortening
4 sudu makan air ais
- Mentega, shortening dan tepung diramas
- Masuk air ais
- Simpan dalam plastik, masuk fridge
- Canai dan letak dalam bekas
- Cucuk dengan garfu
- Letak inti
- Canai sebahagian lagi dan tutup pai
- Turis/kelar permukaan dengan pisau supaya tidak menggelembung
- Sapu kuning telur
- Bakar 200 celcius 10 minit api atas bawah
- Bakar 200 celcius 30 minit api bawah

Filling:
3 cawan isi ayam
5 biji kentang besar (dadu)
2 sudu makan (penuh) rempah kurma
2 bay leaf
2 bawang besar (dadu)
2 senduk minyak zaiton
2 cawan air
2 kuning telur
garam, lada hitam
- Tumis sedikit bawang
- Masuk rempah kurma
- Masuk isi ayam dan bay leaf
- Masuk kentang dan air
- Biar kering dan empuk
- Masuk lada hitam, garam dan bawang

***Anekdot
Resipi ini saya cuba sendiri kerana pernah buat sebelum ini, cuma bahan-bahan sahaja belum pandai agak. Berbaki satu mangkuk kecil inti dan crust bahagian atas sepatutnya tebal sedikit. Saya akan cuba lagi.

***Anekdot
Farhah tolong mendadukan kentang dan Nazhan tolong membuat crust, terima kasih - mama tak menang tangan dengan cat fish.

No comments:

Post a Comment