Friday, January 20, 2012

jimat RM1800

Rawatan gigi di HUKM, Jalan Raja Muda. Sebelum ini saya mengalami sakit gigi sehingga demam telah mendapatkan rawatan root canal di klinik swasta. Rawatan tersebut sehingga membuat crown berjumlah RM1800, terasa mahal pula, lalu saya menghubungi HUKM - Fakulti Pergigian dan  menyambung rawatan di sini. Cumanya saya perlu menunggu masa yang agak lama, selepas dicungkil dan dipalam sementara, mereka akan menghubungi saya untuk rawatan selanjutnya. Saya menanyakan mengenai rawatan bridge, mereka memaklumkan semuanya ada di sini tetapi tidak pula menanyakan kosnya.
Pesakit hanya perlu membayar kos barangan yang diperlukan sahaja mengikut keperluan masing-masing. Kos perkhidmatan tidak dikenakan. Seorang rakan pejabat saya membuat rawatan implant - melibatkan x-ray, root canal, pembedahan kecil hanya perlu membayar kos barangan bernilai RM2000, barangan buatan German, kalau buatan China agak murah sedikit. Alhamdulillah.

No comments:

Post a Comment