Wednesday, October 26, 2011

perihal bihun

Bulan ini saya telah masak 8 bungkus bihun dengan 6 kali masak, semuanya bihun goreng. Ini kerana saya terjumpa bihun jenama EKA (untung EKA saya tolong promo he he he). Saya pernah mendengar jenama ini melalui Nazreena tetapi tidak pernah jumpa jenama ini. Sekarang banyak terdapat di Pasar raya Hero.
Bihun agak kasar biasanya saya suka hanya yang halus. Pertama kali buat terasa hairan kerana teksturnya seperti plastik. Lambat menyerap cecair tetapi kemudiannya terus menjadi lembut.
Teksturnya mengenangkan saya kepada laksa mi Pangkor (dipanggil laksa mi @ mi sua). Laksa mi Pangkor menggunakan sejenis mi yang dihasilkan di Johor Bahru. Laksa mi dimasak sehingga lembut kemudian perlu dibilas beberapa kali dengan air biasa bagi membuang sejenis bahan yang jika tidak betul-betul bersih boleh mengakibatkan cirit-birit.

No comments:

Post a Comment