Thursday, April 14, 2011

iftar & SMS

SEBELUM ITU - "IFTAR' (BERBUKA PUASA)
(tiada dalam gambar)
masak lemak telur itik, ikan kembung goreng sambal, sayur campur, ulam-ulaman, sambal belacan, buah betik, tembikai, kuih apam, karipap, popia goreng, kuih cara manis dan pedas

JAMUAN 10.00 malam
selepas ceramah Ustaz Yusainie Yahya

kuih cara manis & pedas, popia,

kuah durian, kari ayam, pulut, roti jala, roti, bubur butir nangka

saya makan ... tak tahan digoda

SMS USTAZ ZUHIR
Jadual Ustaz Kazim untuk April 2011
1) 15/4/11. JUMAAT, Kuliah Maghrib di Masjid Al-Ridhuan, H.Kelang. Kitab Bahrul Maazi Jld 9 & 16
2) 16/4/11. SABTU, Kuliah Subuh di Masjid Al-Hidayah, Taman Melawati,
3)16/4/11. SABTU Ijmak Ilmu, dari 9.30 pg-11.30pg, di Masjid Al-Ridhuan, H.Kelang (Feqah & Tauhid),
4)16/4/11 Sabtu, lps MAGHRIB. Forum Perdana bertajuk "REMAJA KINI, ANTAR HARAPAN & CABARAN" di Surau Al-Mustaqim, Jln AU5C/8, Lembah Keramat. AHLI PANEL:
1) US MUHAMMAD KAZIM ELIAS Al-HAFIZ,
2) US UDA KASIM (PERSONALITI TV),
3) US GHAZAL OMAR (TOKOH GURU S'GOR),
4) US YUSRI ARIFFIN (GURU SEK MEN SRI KERAMAT).
Mudah2an ALLAH MENGIZINKAN KITA UTK HADIR BERSAMA KELUARGA KE MAJLIS INI.
Drpd Al-Faqir Ila Allah Mohd Zuhir b Abdullah. Sebarkan

***Anekdot
Ustaz Mohd Zuhir sejak menjadi Imam Surau al-Mustaqim Julai 2010 telah mengadakan majlis berbuka puasa di Au5/C, Taman Lembah Keramat bersama pelajar Darul Quran Wa Hadis pada setiap Khamis. Peringkat permulaan ramai yang hadir untuk menikmati jamuan bersama pelajar. Selepas 2-3 kali hadir, mereka bukan sahaja hadir TETAPI mereka juga turut berpuasa (mungkin malu untuk datang ke jamuan sahaja). Lama kelamaan masyarakat setempat telah mengamalkan puasa tiap Khamis terutamanya kaum lelaki yang kebanyakannya pesara.

Manakala muslimat kebanyakannya berpuasa sejak dahulu lagi kerana sering saya lihat mereka membawa makanan untuk berbuka kerana sudah sekian lama surau ini mengadakan majlis bacaan Yasin dan tahlil. Saya pernah tinggal di taman ini Mac 2008 - Jun 2010. Majlis tersebut masih diteruskan sehingga sekarang, dan dengan sumbangan jamuan oleh penduduk dan juga oleh surau. Makanan disediakan untuk 100 orang dan diserahkan kepada katering. Syabas kepada ustaz yang telah melatih (mungkin mendidik) penduduk setempat.

***Peringatan
Dan Allah menghendaki kamu berada di tempat yang telah ditetapkan sehingga Dia yang menguruskan keluar kamu seperti mana Dia yang menguruskan masuk kamu dan bukanlah urusanmu untuk meninggalkan sebab bahkan sebab yang akan meninggalkanmu.

No comments:

Post a Comment