Wednesday, February 9, 2011
unik
Terpesona dengan keunikan acuan biskut tart nanas - dapat membentuk tart yang kulitnya menyerupai kulit nanas TETAPI tersangat cerewet. Mula-mula perlu mengisi pastri di dalam acuan kanan, buang lebihan pastri. Kemudian baru masukkan ke dalam acuan kiri, ditekan dengan salah satu asesori untuk memadatkan pastri bagi mendapatkan tektur kulit nanas. Asesori lain seperti pemotong daripada benang untuk membentuk corak 1/2 nanas dan pemegang pastri (seperti pencucuk) bagi mengalih pastri buah nanas yang siap ini ke dalam tin pembakar (agar corak kulit nanas pada pastri tidak terkena tangan). Kan cerewet tu...!!!
Pernah buat tetapi sekadar mendapatkan rupanya sahaja. Sangat sesuai sebagai hantaran. Harga RM6.00 sebab itu saya beli, takut menyesal tak beli.
***Anekdot
acuan dibeli di Bandar Baru Sungai Buluh tahun 2009 ketika berkunjung ke rumah Ming kerana menunjuk ajar beliau membuat kek oren dan kek keju. Kemudian kami ke kedai peralatan kek menemani Ming membeli acuan kek, pengayak, mangkuk mengadun, bekas mufin serta barangan membuat kek dan mufin.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment