Friday, December 31, 2010

Kenwood

...ternampak Kenwood Chef di Jaya Jasco Wangsa Maju - terdapat 3 fungsi, pengadun, pengisar dan pemproses makanan dengan mangkuk stainless steel berharga RM899.00. Tinggal 1 unit je... memang murah.
15 tahun lalu saya membeli Kenwood Chef dengan hanya berfungsi sebagai pengadun kek berserta 2 mangkuk plastik dengan hargaRM999.00. Percuma pembuka tin Kenwood bernilai RM178.00. Sehingga hari ini pembuka tin itu masih tersimpan di dalam kotak asalnya.
Ketika itu pengisar (blender) berharga RM250.00 dan pengisar daging berharga RM450.00 perlu dibeli berasingan.


DAN yang ini RM1600.00 fungsi yang sama tetapi dengan kuasa watt yang lebih tinggi, model ini masih banyak lagi


...kedua-dua model ini disertakan dengan buku resipi.
Kepada yang suka membuat kek, pastri dan roti pengadun ini sangat sesuai dan "murah".

***Peringatan
Ketika belajar hadirkan hati, letak taat lalu Allah letak TAAT di hati sebagai proses kehidupan manusia supaya menjadi pimpinan untuk kita seluruhnya.

"Aku perintah Jibrail bawa pengajaran supaya kamu letak di hati dengan izinKu".

TWIN

Selamat Hari Lahir - Muhammad Nadzmi dan Muhammad Nazhan
Semoga sentiasa dalam peliharaan Allah hendaknya


Makan malam di JJ




Hari ini keluarga kak Maziah datang - Abg Zaki, Aliah, Adam, Amin, Wawa, Fatih dan Saif - nasi, kerutup ikan tongkol, ikan tongkol goreng, ayam goreng berempah, sambal telur, sambal belacan, ulam pucuk beluntas dan pucuk daun salam.


Desert - fruitcocktail
***Peringatan
Hamba yang soleh tidak meminta-minta sebab sebagai manusia kita tidak tahu apa yang baik - minta Allah berikan yang terbaik sebab sesuatu itu mungkin baik pada pandangan kita tetapi bukan di sisi Allah itu terbaik.
"Aku mohon kepada Engkau tentukan yang terbaik buatku".

Thursday, December 30, 2010

jamuan lagi

Hari ini jamuan perpisahan yang diadakan oleh Surau Al-Hukama' DBP kerana meraikan AJK surau Ustaz Wan Mohd Saophy Amizul Wan Mansor yang akan menjawat jawatan Pensyarah UiTM Sarawak. Semoga ustaz beroleh kebaikan dan keberkatan dalam semua bidang. Tahniah Ustaz Wan!

Malam - keluar makan di kedai mamak, hanya sempat minum air sahaja. Ada yang tidak kena dengan mamak malam ini - ramai yang merunggut kerana lain yang dipesan lain yang dapat. Kami beredar setelah menunggu hampir 45 minit. Sekali-sekala pekerja mamak pun stress.



***Peringatan
Melakukan amalan soleh boleh mencapai tingkatan iman manakala jahil boleh melemahkan iman.
Iman di sisi ahli sunnah:
1. membenar dengan hati
2. mengaku dengan lidah
3. beramal dengan anggota

Wednesday, December 29, 2010

birthday Na... makan luar lagi

selamat hari lahir NA...

&

makan malam di luar lagi malam nie...
tapi semua tempat PENUH kerana perlawanan akhir bola sepak Piala Suzuki,

akhirnya terpaksa singgah di stesen minyak Petronas Bukit Antarabangsa sahaja



...dan Jumaat ini diisytiharkan cuti... sempena kemenangan pasukan Malaysia menjuarai Piala Suzuki (gol 4-2)

***Peringatan
Iman lebih khusus dari Islam - Setiap orang beriman mesti orang Islam tetapi bukan semua orang Islam itu beriman

Tuesday, December 28, 2010

makan malam


Reetab


Mandi Kambing


ayam panggang

... malam ni makan di luar je lah...
Pilihan Nazhan - Restoran Saba, Setiawangsa

***Peringatan
Sesiapa yang hendak dijadikan Allah untuk kebajikan, diberi faham agama.

Monday, December 27, 2010

ubi rebus

pagi ni dapat makan ubi rebus buah tangan Salmiah, saya sediakan sambal ikan bilis, pekasam dan ikan kering...

***Peringatan
Pentingnya ilmu pengetahuan - Allah angkat 500 tahun perjalanan berbanding orang yang tiada ilmu pengetahuan

Sunday, December 26, 2010

semua anak2 bercuti

Pagi ni hujan... rasa malas pun ada, tapi terus masak nasi, ada daging kenduri dari Dunggun Terengganu, goreng ikan tongkol, buat kari udang. Sebanyak 10 door gift kenduri, telur, gula-gula, jeli, kek pandan. Makanan twin bawa balik pun banyak - 4 pek nata decoco pelbagai perasa, kerepek pelbagai jenis... boleh habis ke?
Itu belum termasuk kerang yang tertinggal di asrama, entah hidup lagi ke!!! Kata twin satu kumpulan sahaja mendapat 15 kg kerang di Homestay Hj Dorani - kumpulan pertama dalam sejarah Homestay Hj Dorani terdapat kumpulan yang berjaya mendapat kerang sebanyak itu, jika dicampur keseluruhan kumpulan... hai banyak sangat tu, melebihi 20 kg. Masa saya ke Homestay Hj Dorani bulan Mac lepas kami hanya mendapat 2 BIJI kerang sahaja.
Nanti upload gambar setelah rakan mereka masukkan (beliau sedang bercuti di Cameron Highland)







... baru dapat muat naik gambar. Ihsan daripada gambar Faiz di FB

***Peringatan
Berusahakah untuk menjadi ahli ilmu: Ahli ilmu yang melalui tanah perkuburan, diangkat azab ahli kubur selama 40 hari


Saturday, December 25, 2010

Merry X'mas

... 25 Dis hari X'mas atau hari Natal, petang ni twin akan bercuti sehingga 2 Jan 2011.
DAN
... pagi ni geng pejabat pergi memancing di GP Rawang... tak ada rezeki, mungkin lain kali. Selamat memancing

***Peringatan
Orang yang bijak ialah orang yang banyak melakukan sunat; yang sunat akan menampung kekurangan yang ada pada wajib

Friday, December 24, 2010

Jamuan Jabatan



Jabatan Dasar & Penyelidikan

Majlis Perpisahan Puan Zainab Kassim
10.30 pagi di Dewan Bankuet

Nasi putih, masak lemak daging salai, ikan tenggiri masam manis, sayur campur, ulam-ulaman dan buah-buahan (set nasi)



Pulut kuning, rendang paru & limpa (buah tangan Salmiah Ismail), kari ayam, sambal ikan bilis (set pulut). Sedapnya sebab lama tidak makan pulut kuning (orang Kedah jumpa pulut).

*** Peringatan
Lembut hati untuk beribadah dengan menziarahi kubur kerana ianya boleh mengingatkan mati. Yang tua jangan ingat tidak mati, yang muda jangan ingat lambat mati

Thursday, December 23, 2010

Jamuan Perpisahan Ketua Bhg. DSB


Hari ini diadakan jamuan untuk bos di tingkat 24,

Selamat Bersara Puan Zainab

Laksa, mi rebus, kek kukus, sate, karipap, sandwich, puding roti, kek Secret Recipe, resoles, limau, tembikai, air karbonat, kopi kampung dan teh cina. Ramai dapat merasa... berkat!!!

***Peringatan
HIJRAH - apa yang kita perlu hijrah?
H - HATI -lembutkan hati, duduk dalam majlis ilmu, zikir dll.
I - ILMU - dari jahil kepada berilmu.
J - JIHAT - ramai yang kafir dan masih ramai Islam yang jahil.
R - RAJIN - buat kerja untuk Allah.
A - AMAL - semak amalan wajib tambah amalan sunat.
H - HINDARI MAKSIAT - dosa mata, lidah, telinga dll.

Wednesday, December 22, 2010

persiapan lusa

... Bhg DSB sibuk kerana akan mengendalikan perjalanan Majlis Perpisahan Pn Zainab Kassim pada 24 Dis nie

***Peringatan
Seseorang itu akan mengikut kawannya, perhatikan siapa kawan mereka

Tuesday, December 21, 2010

Inovatif

Mesyuarat SKU 2011-2015 Bhg. Dasar dan Penyelidikan Bahasa

DAN

... Hari Inovasi DBP 2010



***Peringatan
Orang yang berubah ialah orang yang muhasabah diri dan dapat mengesan di mana salahnya

Monday, December 20, 2010

Buah Tunjuk Langit


1 set lenggai yang terdapat dalam buah tunjuk langgit, biasanya terdapat 4 lenggai


buah yang dikatakan boleh mengurangkan penyakit tekanan darah tinggi dan penyakit kencing manis. Diamalkan 3 kali seminggu... rasa heeee pahit sungguh.

Ada pandangan seorang kawan "buah tunjuk bumi" tak dak pulak!

***Peringatan
Jangan remeh dosa kecil kerana gunung-gunung semuanya daripada pasir yang kecil

Isnin

...kerja hari ni

***Peringatan
Dunia ibarat musafir - set kilometer supaya kita tahu berapa jumlah kilometer perjalanan yang telah kita lalui tetapi selepas lahir kita tidak pernah set berapa lama umur kita untuk hidup

Sunday, December 19, 2010

Family Day

dapat hadiah dari Nawal... bestnya!



Family Day di Kuala Linggi, Melaka. makan, makan, makan ...

***Peringatan
Orang munafik nampak salahnya kecil tetapi orang beriman nampak salah teramat besar

Saturday, December 18, 2010

Kuala Linggi

family day di Kuala Linggi, Melaka
... tetapi sebelum itu menghadiri
Majlis Akad Nikah Norhayati & Syed

... ini gubahan wajik @ pulut kacau
yang dibuat oleh Moni Mansor


Tahniah Sepawan dapat menantu

***Peringatan
Kehidupan akhirat, yang halal akan dihisab dan yang haram akan diazab

Friday, December 17, 2010

untuk Sepawan...



sempat menyumbang kek untuk kenduri anak Sepawan & Nasir. Dah dapat menantu Wan!!! Terima kasih AAH kerana membuat kek nie... Tahniah Norhayati dan Syed - semoga kekal sehingga ke akhir hayat.

***Peringatan
Lahir pasti menangis, tetapi apakah akhir kehidupan kita, menangis atau ketawa?

hadiah untuk BOS





hemmm minggu depan bos bersara... ini hadiah untuk bos dari kami. Terima kasih Safri kerana menghiaskan hadiah ini... lepas ini boleh terima tempahan

***Peringatan
1. Sabar atas perintah Allah
2. Sabar atas meninggalkan maksiat
3. Sabar atas nikmat yang Allah beri
4. Sabar atas musibah yang Allah beri

mulberi


semalam ternampak mulberi ketika di Ampang Point dan terus membelinya (pek kecil RM12.00 & yang besar RM25.00). Dikatakan semua jenis beri sangat berkesan untuk mengurangkan kandungan asid urik dalam darah. www.nutsonline.com/driedfruit/mulberries/premium.html

***Peringatan
Saidina Umar; "Manusia selamat pada 3 tempat"
1. Jangan jauh dari rumah Allah - kerap menyunjungi masjid
2. Zikrullah - belajar letak di hati, ruh jadi baik
3. Al-Quran - benteng diri

Thursday, December 16, 2010

Kedai Baru


Sebenarnya RAK BARU bukan kedai baru, cuma selama ini barangan dari kedai ini tidak diperagakan. Semalam jualan menggalakkan - kepada teman2 di tingkat 24 ... beli, beli jangan tak beli... tahun depan boleh buat Family Day kat London.

***Peringatan
Allah bersumpah dengan waktu yang pendek kecuali orang yang beriman dan mengisi kelapangan dengan sesuatu untuk membentuk iman

Tauhu Semedang



Baru dapat rasa tauhu ini pagi ini setelah lama "berjalan" dari satu rumah ke satu rumah. Bos tolong tempah tauhu ini dari Batu Pahat, Johor. Rasanya bagi saya rasa tauhu je..., ada rasa masam sikit. TAPI saya hanya mengambil tauhu 6 keping sahaja kerana mengikut nasihat doktor supaya mengurangkan pengambilan protein. Sehari, dua ni OK, ... lepas ni!!!

***Peringatan
Jangan mengumpat sebahagian yang lain - membicarakan perihal orang lain di belakangnya dan apa yang dibicarakan memang ada pada orang yang diumpat:
1. dengan lidah
2. dengan perbuatan (bahasa isyarat)
"Sesungguhnya kamu telah membuat perbuatan yang jika dicampur dengan air laut, nescaya air laut menjadi pahit" - hadith riwayat Imam Ahmad, Abu Daud dan Termizi

10 Muharam 1432 & PC Baru

Hari ini 10 Muharam 1432:
Terasa sekejap sahaja sudah masuk hari ke-10 dalam bulan pertama Hijrah. Banyak kelebihan berpuasa hari ini dan banyak amalan sunnah yang dianjurkan - salah satunya menyapu kepala anak2 yatim yang belum baligh. Anak2 lelaki sapu arah ke belakang dan anak perempuan arah ke hadapan...
Teringat BUBUR ASYURA!!!:
Tidak ada kena mengena bubur ini dengan sirah nabawiyyah, cuma ini menunjukkan kepandaian orang Melayu dahulu , bila dibuatkan bubur ini pasti semua akan mengingatkan tarikh 10 MUHARAM.




(ehsan dari blog miz lutine)


Dan hari ini juga 7 orang mendapat PC baru... hem laju sungguh. Semuanya tidak lekang dari PC masing2. Biasalah benda ...bila baru... Harap2nya semua makin tekun bekerja dan dapat menghasilkan kerja dengan cepat, tepat dan berkuali . Semoga menjadi pekerja yang cemerlang.







***Peringatan
Patutlah mengaji/belajar itu mulia, dirahmati, diberkati kerana - PAYAH!

Wednesday, December 15, 2010

sedih - Mohd Nasir

petang semalam mendapat berita menyedihkan, staf dari DBP Cawangan Sabah, Mohd. Nassir meninggal dunia. Semoga beliau ditempatkan bersama para syuhadah dan solihin, AMIN.
Al-Fatihah.

***Peringatan
Hidayah kena usaha, kena minta...
Hendak berubah kena dengan ilmu - daripada yang tidak baik kepada baik, daripada baik kepada terlebih baik

Tuesday, December 14, 2010

sakit

ambik report blood test...Sudah dapat keputusan tak faham pula, nak jumpa doktor ramai pula pesakit yang menunggu gilliran.
Esok sajalah ...

***Peringatan
Bersedialah untuk berubah:
Zaman dahulu tidak canggih tetapi ibadat orang dahulu canggih, berbanding orang sekarang kerana tidak ada ilmu dan tidak ada kesedaran

Monday, December 13, 2010

telefon bimbit

Lembaga Tabung Haji ... biasalah orang ramai. Dalam ramai-ramai terjumpa abang sepupu, memang agak lama juga tidak berjumpa, sempat berbual seketika bertanyakan khabar kaum keluarga.

Handphone buat hal pulak, tapi masih boleh dibaiki kedua-duanya... Alhamdullillah.



...lagi belum dapat mengambil laporan darah yang dibuat pada Rabu minggu lepas.... hu hu hu lambat pula laporan dari makmal Medicare ... Esok pagi2 je lah datang mengambilnya... PERLU MAKAN UBAT...!

***Peringatan

- Hari-hari dalam setahun ada hak-hak yang perlu ditunaikan

  • Dalam minggu - Jumaat
  • Dalam bulan - Ramadan
  • Dalam malam - Lailatul Qadar
  • Dalam siang - hari Arafah

- Setiap waktu manusia berada dalam kerugian kecuali yang memanfaatkan kepada waktu dan manusia itu sangat sedikit

Sunday, December 12, 2010

Cuti

Hem... bila nak mula bersenam... tengok CD pun belum. Alahai sakit kaki lagi ni... tapi azam dah berkobar2, tadi FAIL.... sebab makan nasi. Alhamdullillah masih dapat rasa nikmat yang Allah beri

***Peringatan
Hadis "Di tanganku anak-anak kunci surga" ertinya setiap tindak/gerak/diam nabi perlu dipatuhi dan jaminannya - syurga

Saturday, December 11, 2010

SAJA2


Sakit kaki tapi em... masak juga
sambal sebab minggu depan ada
Hari Keluarga di Kuala Linggi, Melaka

Carre4

dengan penuh semangat, mengu..... badan. Insya Allah BOLEH!!!















***Peringatan
Urusan hidup Muslim sentiasa tersusun rapi, tugas hari ini akan dibereskan terlebih dahulu dan tidak ditangguh pada hari esok

Friday, December 10, 2010

Sakit kaki

Hari ni sakit kaki....

***Peringatan
Jangan berdukacita kerana hidup ini meletihkan, sebab demikianlah hidup ini diciptakan