Monday, February 28, 2011

sakit belakang MC (1)

...MC 2 hari sebab sakit belakang...

***Peringatan
"Ya Allah, jadikanlah aku orang yang faham agama dan beramal dengannya".

Sunday, February 27, 2011

kenduri lagi

Menghadiri majlis Walimatul Urus Farisa Aisyah Ab. Aziz dengan Nabil Fikri Mohd Zullkarnain di Kampung Setia, Kuang. Farisa puteri Abang Ab. Aziz Md Yatim (bekas staf DBP) dan Kakak Muji Nasir. Saya menghadiri kenduri ini bersama Kak Salmiah dan Khatijah (dua-dua anak Pak Mae)


kad undangan

sewaktu kami balik bertembung dengan rombongan pengantin lelaki

cenderahati

***Peringatan
Az Zumar : 9 "Apakah kamu hai orang musyrik lebih beruntung atau orang yang beribadat di waktu malam dengan sujud dan berdiri, sedang ia takut kepada azab akhirat dan mengharapkan rahmat Tuhannya?"
Orang yang beruntung -
1. sujud berdiri - solat malam paling sedikit witir satu rakaat.
2. takut azab akhirat - huru-hara, kepayahan, kesukaran.
3. mengharap rahmat daripada Tuhan - pemberian baik daripada Allah sama ada di dunia dan di akhirat.

"Katakan (wahai Muhammad) Adakah sama orang-orang yang mengetahui (yakni orang yang berilmu) dengan orang-orang yang tidak mengetahui (yakni orang yang tidak berilmu)? Sesungguhnya orang yang berakallah yang dapat mengambil pelajaran dan peringatan."
Kesimpulan -wujudkan sifat 3 perkara di atas;
1. sujud berdiri - solat malam
2. takut azab akhirat
3. mengharap rahmat daripada Tuhan (dengan menambah 2 perkara)
4. berilmu (sangat dipuji)
5. manfaat akal untuk membezakan baik dan buruk

Saturday, February 26, 2011

panas

petang - cuaca panas, baru teringat kolam renang UIA. Terjumpa goggle power 2.0 yang belum pernah digunakan dan 2 yang lama, satu power 1.5. Yang selebihnya entah di mana (hilang dalam simpanan). TETAPI kolam renang wanita UIA di tutup Sabtu dan Ahad. Kali terakhir berenang tahun 2008, dulu Sabtu dibuka pukul 5.00-7.00 petang dan Ahad memang ditutup. Sekarang dibuka Isnin-Jumaat 5.00 - 7.00 petang dengan bayaran RM4.00. Kolam renang lelaki dibuka 7 hari seminggu dari 10.00 pagi - 10 malam.

kalau tak berenang, berendam pun jadilah

***Peringatan
Demam kifarah - musibah paling baik "Demam (panas) sebahagian daripada api neraka", contoh demam 5 hari sebagai menggantikan 5 hari di neraka. Sesungguhnya 1 hari akhirat bersamaan 1000 tahun di dunia.

kenduri

Menghadiri majlis Walimatul Urus Suraya Sujak Dato' Ahmad Sujak dengan Mohd Fazri Haji Abdul Latif di Taman Ampang Indah. Suraya anak saudara sebelah bapa saudara (saya anak saudara sebelah ibu saudara - payah nak cerita... kira bau-bau bacang!


kad undangan - merah darah, keras, berkilat dan cantik!

Sama cantik sama padan. Semoga kekal hingga ke akhir hayat

cenderamata yang menarik
Bonne Maman Strawberry Preserves.

***Peringatan
Qaltorah - suatu perhentian selepas Titian Sirat bagi menyelesaikan dosa yang melibatkan sesama Islam. Seboleh-bolehnya cuba elak daripada membuat dosa agar mudah laluan ke syurga.

geng tuisyen

Semalam selepas ceramah Al-Haddar, bermalam Lembah Keramat kerana Farah ada program di Setia Budi. Masak untuk geng tuisyen di sana... Farhah terlalu letih, tidur dari pukul 10.30 sampai 2.00 petang dan tidak ke tuisyen, nasi beras perang ini tidak tersentuh ... sayang!

... sayur leek masak bersama-sama tauhu jepun. Terima kasih Saidah atas resipi ini, boleh tahan juga!

***Peringatan
Seorang isteri melayan suami agar awal ke masjid pada hari Jumaat, sedang dia solat di rumah mendapat pahala seperti mereka yang solat Jumaat

Al-Haddar

Malam semalam di Surau Al-Mustaqim Lembah Keramat diadakan Ceramah Khas "Rasulullah Ikutan Sepanjang Zaman" oleh Al-Habib Thohir bin Muhammad Al-Haddar, Ahli Majlis Fatwa Negeri Taiz, Yaman & Mudir Rubat Al-Haddar (keturunan dari Rasulullah SAW) Penterjemah - Ustaz Syed Amro bin Syed Abdullah.



***Peringatan
Ikutlah segala sunnah sejak dari pagi bangun tidur sehingga malam ketika hendak tidur kerana kita sayangkan Rasulullah SAW. Semoga Allah mencampakan kesempurnaan, ketenangan, keredaan dan keberkatan kepada kita di dunia dan di akhirat.

Hasni

Encik Hasni Abbas - bagi saya beliau seorang pejuang, Presiden Kesatuan Sekerja DBP. Majlis melalukan kad perakam waktu terakhir beliau diadakan pukul 4.00 petang semalam.

Semoga beliau beroleh kepuasan dengan khidmat/tugas/kerjaya selepas ini dan mudah-mudahan segala usaha beliau akan beroleh keberkatan di sisi Allah.

SELAMAT BERJUANG

Friday, February 25, 2011

akhirnya selesai

Alhamdulillah. Ramai yang menolong Kak Salmiah berkemas sejak dari hari Isnin sehingga Jumaat.















***Peringatan
Ilmu itu bersangkut-paut dengan orang bertakwa. Kita belajar daripada tidak tahu kepada tahu dan daripada terlupa kepada ingat - bersyukurlah!

Kekasih Awal & Akhir

Ceramah Sempena Maulidur Rasul Kelas Agama Wanita diadakan pada pukul 12.30 tengah hari. Penceramah undangan tidak dapat hadir di saat-saat akhir dan digantikan oleh Ustazah Suraya Mohammad seorang pendakwah bebas. Kehadiran sekitar 160 orang dan terima kasih kepada penyumbang bunga telur.






***Peringatan
Khatijah sebagai teman Rasulullah yang menjadi pembakar semangat baginda untuk terus berdakwah. Apakah ada dalam diri kita semangat pengorbanan seperti Khatijah dalam menjalani kehidupan sebagai seorang isteri DAN layakkah kita untuk mendapat syafaat daripada Rasulullah SAW dengan amal yang telah kita lakukan - MUHASABAH LAH...!

Thursday, February 24, 2011

toy baru...

... dah ada seperti yang kanan, beli pulak yang kiri sebab besar 650 ml

murah je RM5.90

***Peringatan
Anggota penting ialah akal selepas nyawa.

Salmiah

Salmiah (Kak Sal) saya kenal sejak 1982 melalui Azizah Supardi kerana mereka di bahagian yang sama. Kami rapat setelah mengikuti Kursus Bina Semangat selama seminggu di Pasir Panjang, Port Dickson, Negeri Sembilan tahun 1985. Paling saya ingat Kak Sal mengadakan open house ketika tinggal di Bangsar dan memasak Ayam Percik Kelantan - berwarna putih dan kuah daripada tepung beras. Sangat berminat kepada kucing dan moga usaha Kak Sal mendapat keberkatan kerana mencontohi Rasulullah SAW.


... gambar petang semalam, hari terakhir di Ibu Pejabat DBP


Khamis - Kak Sal belanja nasi briyani gam lauk ayam/kambing/lembu


hadiah dari saya


vakum kawalan jauh, bila kehabisan bateri vakum akan ke charger dengan sendiri


coffee grinder pemberian seorang rakan


pemasak telur dengan pengukur masa

Ketika mengemas barang-barang Kak Sal, saya sempat mengambil gambar barang-barang yang saya suka tengok (macam toys le bagi saya).

***Peringatan
Senyum itu juga dikira sedekah.

Wednesday, February 23, 2011

dok layan (2)

... Kitchen Aid saja seronok tengok, kira terkini di pasaran - kuasa tinggi, 12 pilihan warna, kuantiti banyak dan rupa canggih.

... yang ada di rumah pun masih elok lagi walaupun sudah berusia 16 tahun - KENWOOD. Alhamdulillah pakai apa yang ada, bukan makan kek tiap hari (ayat penyedap perasaan he he he)

***Peringatan
Makin lama, makin bertambah rezeki, bertambah umur, keinginan makin banyak tetapi keupayaan tidak sekuat mana. Jangan sombong dengan Allah - jangankan dicabut nyawa, dilumpuhkan pun kita tidak mampu berbuat apa-apa. Kenal diri, kenal Allah.

dok layan (1)

... dok seronok tengok (sekadar berkongsi gambar)








... toy berangan - pembuat roti (murah & mahal) tapi kalau beli roti baru RM2.50... kan kan kan!

***Peringatan
Berjihat satu hari ke jalan Allah lebih baik daripada tahajjud 30 malam dan puasa 30 hari.

ulang tahun

... ulang tahun perkahwinan yang ke-19 (rasa macam baru lagi...). Kawan-kawan bertanya dan menghantar pesanan "bila bersanding" - Gambar ini diambil pada 5 Mac 2010. Tumpang pelamin anak saudara kerana dulu kami tidak bersanding.

***Peringatan
Perkahwinan - apabila suami mampu membawa seiisi keluarga ke syurga Allah, di dunia bersama dan di akhirat juga mampu bersama.

Tuesday, February 22, 2011

kutipan - Maulidur Rasul

Kelas agama wanita akan mengadakan sambutan Maulidur Rasul pada 25 Februari 2011 di Dewan Bankuet dengan bayaran RM6.00. Penceramah undangan Dr. Sharifah Hayaati binti Syed Ismail, tajuk "Kekasih Awal dan Akhir".

***Peringatan
"Sesiapa yang beramal dengan ilmu yang dipelajari nescaya Allah akan mewariskan ilmu apa yang dia tidak ketahui".
Ibn Ajibah

road tax & Sudirman

22 Februari ingat sangat tarikh sebab road tax kereta tamat tempoh dan tarikh Sudirman meninggal - al-Fatihah.

***Peringatan
"Antara tanda seseorang bergantung kepada amal ialah kurang harapan kepada Allah ketika berlakunya kegelinciran dosa". Ibn Ataillah

Monday, February 21, 2011

perhimpunan Februari

banyak yang disampaikan oleh Ketua Pengarah
- semua S32 ke atas perlu edit manuskrip,
- pengambilan ke jawatan S44 tidak perlu ditemuduga,
- ketua bahagian perlu mengingatkan staf hadir di setiap pertemuan bulanan

***Peringatan
"Penyakit yang paling aku suka ialah demam kerana seluruh anggotaku merasakannya dan Allah memberi ganjaran pahala pada setiap anggota yang merasai sakit ". Sabda Rasulullah SAW

Sunday, February 20, 2011

limau kecik

bila sampai ke penghujung perayaan tahun baru cina buah limau makin sedap pula. Selalu tidak semanis ini, sudah 4 kali beli sebab manis tetapi perlu dipilih kerana sudah ada tanda buruk.

limau kecik yang besar ...???



***Peringatan
Awasi diri daripada bergantung kepada reda Allah dan balasan yang dijanjikan kepada kamu seperti solat, puasa, zakat dsb tetapi bergantunglah kepada rahmat dan kemuliaanNya. Hikmahnya - semakin besar harapan apabila dihiasi dengan amalan taat DAN mampu mengelak diri daripada maksiat.