Wednesday, February 2, 2011

lenggang

pagi ... jalan raya dan pejabat lenggang. Ramai yang menyambung cuti sempena tahun baru cina esok. Berita radio pagi, Hosni Mubarak masih enggan meletak jawatan sehingga September depan & kerajaan akan membawa pulang semua penuntut Malaysia di Mesir dengan 3 pesawat TUDM pukul 3 petang ini.
petang ... cuba buat pekasam. Akan upload gambar bila pekasam "menjadi", terima kasih Azilah

***Peringatan
Usia kita di dunia adalah tempoh kita "berniaga" dengan perniagaan yang ditawarkan oleh Allah: "Dan ingatlah masa Tuhan himpunkan mereka pada hari kiamat kelak dengan keadaan mereka merasai seolah-olah mereka tidak tinggal di dunia melainkan sekadar 1 saat sahaja daripada waktu siang hari. Mereka berkenal-kenalan sesama sendiri. Sesungguhnya rugilah orang yang telah mendustakan hari menemui Allah untuk menerima balasan, dan yang tidak mendapat petunjuk ke jalan mencari untung semasa hidup di dunia." Yunus:45

No comments:

Post a Comment