Saturday, February 19, 2011

"menjala"

Saya nak "menjala" sebab itu semalam beli new toys ...lagi! (orang Kedah pangge kue ini roti sorai)


... mula-mula buat tercair








...and practise make perfect




Resipi:
3 cawan tepung
2 cawan air
1/3 cawan susu cair (1/2 pun boleh)
1 telur
*** blend, (kalau nak rehat 30 minit, tak mau pun boleh).
Masuk dalam botol (new toy), leser minyak pada kuali leper (juga new toy)- apa lagi "menjala" le...
Ubah dalam pinggan dan gulung (kalau terror gulung je atas kuali tu hah... Bak kata orang tua-tua: kalau tahan panas, tahan bermadu... HA HA HA!)
Air bergantung kepada keadaan, tambah jika perlu.
Garam ikut suka (saya sengaja tidak masukkan).
3 keping tidak berapa cantik kerana "bater" sudah habis - tak perasan kerana terlalu asyik.
Biasa le buat roti jala - messy.
Baik buat lempeng je...

***Anekdot
Teknik ini saya pernah tengok di internet sudah lama dan sudah lupa blog siapa. Apa-apa pun terima kasih kerana ilmu yang disumbangkan. (Kredit kepada tuan punya blog, semoga bertambah ilmunya dan bertambah ilmu saya- AMIN).

***Peringatan
Kita tidak nampak buruk di belakang kita sebab mata kita di hadapan.

No comments:

Post a Comment