Sunday, February 13, 2011

cerita dulu-dulu (3)

KRUSYE - Kait Jarum Satu - SHAWL yang dihasilkan pada Disember 1975 ketika menunggu keputusan LCE. Emak jadikan selendang ketika ke kenduri, kemudian dijadikan penutup tv. Rosak digerit lipas agaknya (saya berhati-hati memelihara konon untuk membaikinya semula - entah bila!). Saya masih ingat menggunakan 1 1/2 buku benang kapas Minlon dan ada 2 shawl lagi yang saya hasilkan putih dan krim. Entah di mana!
Ada juga yang dibuat daripada benang bulu kambing berwarna pink, hijau dan kuning. Agaknya di rumah kakak.




***Anekdot
Saya sangat-sangat berminat dengan krusye (kait jarum satu) dan banyak menghasilkan barangan daripada krusye ni. Akan saya cuba upload kemudian. Bila sudah bekerja baru saya mampu membeli benang dan bersungguh-sungguh membuat
- 6 set chair back tiap satu set mengandungi 7 keping,
- 4 helai alas meja makan set kerusi 6 dan
- 1 grand masterpiece CADAR! Saya jadikan cadar set peralatan tidur ketika perkahwinan saya.

No comments:

Post a Comment