Wednesday, November 30, 2011

lewat muat naik gambar

banyak hal hari ini... dan PENAT!

jumpa balik

***Anekdot
Sabtu lepas Nazhan kehilangan dompet di Surau Al-Mustaqim dan seorang kawan kehilangan hanya wang tunai RM290.00. Tadi seorang lelaki datang ke rumah membawa kad pengenalan dan kad ATM. Menurut lelaki ini beliau menemui barang-barang ini di tepi jalan. Saya belum membuat laporan mengenai kehilangan ini. Tiada dompet dan wang tunai yang menurut Nazhan kurang daripada RM100.00.
Barang-barang pelajar semuanya diletakkan di dalam sebuah bilik yang memang dikhaskan untuk mereka tetapi bilik itu tidak pernah berkunci. Pada majlis perkahwinan anak Haji Paiman/Kak Fauziah menurut Nazhan itulah kali terakhir dompet itu ditinggalkan di situ. Semua 18 pelajar  meninggalkan barang-barang dan wang saku di situ kerana di sebelah malamnya mereka bertolak ke utara. Syukur dua orang sahaja yang menjadi mangsa.

Gee layan

boleh dimakan - putu piring Perak & kuih koci


mengancam... kek hiasan


sama juga buah-buahan hiasan je...

untuk Gee

Jiah & Anna


1 flask spageti, 2 keping quiche, 1 wraps dan sedikit pavlova

nasi karot

Resipi ehsan daripada Norhizan Abdul Rahman


Bahan:
Basmati (ikut suka) – rendam seketika
1 tin susu cair (ideal)
Bawang merah  ]
Bawang putih     ]     kisar
Halia                   ]
4 sekawan (ikut suka)
Garam
Minyak zaiton/majerin/minyak jagung
Air
Karot (parut atau hiris)
Daun pandan

Cara membuatnya:
Tumis 4 sekawan dan bawang yang telah dikisar hingga naik bau.
Masukkan beras dan kacau rata.
Masukkan susu dan air (ikut sukatan jika beras 4 cawan, air + susu pun 4 cawan.
Kemudian masukkan karot dan daun pandan.
Masukkan garam dan biarkan hingga mendidih. 


TERIMA KASIH MADAM

baki lagi

sikit je lagi

layan geng tuisyen

 tiga orang dan dua girls (termasuk saya 6 orang)


baki kawan-kawan Luqman


tambah sikit lagi spageti vongole dan sebiji pavlova

***Anekdot
Sebelum ini saya pernah buat pavlova tetapi tidak sempat geng tuisyen merasa. Mereka tahu saya membuatnya dan telah habis dimakan Luqman. Ini khas untuk mereka dan girls tumpang sekaki.

baki dari kawan Luqman



layan kawan Luqman

 lima orang, seorang lewat sikit


kawan tingkatan lima tahun lepas


quiche, pavlova & wraps


2 hidangan


buat 2 biji quiche

wraps




Resipi:
wraps (beberapa keping)
telur dadar (saya guna kuning telur + susu cair, tabur bawang besar)
sosej
timun
salad
- panaskan wraps dalam oven @ microwaves (saya guna oven toaster selama 2 minit)
- letak telur dadar, timun  & salad
- bungkus (boleh bungkus pelbagai cara)

***Anekdot
Saya guna kuning telur baki daripada pavlova. Pelbagaikan inti wraps seperti mayonis, tuna, cili sos, isi ayam dan sebagainya. Wraps lebih lembut daripada tortillas walaupun dibiarkan lama di luar. Saya suka wraps kerana mudah dibentuk/dibungkus dan rasanya lebih sedap walaupun dimakan begitu sahaja.

pavlova 2

rupa comot sebab tidak ada masa nak perelok


hasilnya - janji ada 'kolam'


cover line - sapu krim cantiklah  he he he


lain kali tidak payah cantik-cantik, boh make-up je he he he
kuih pun boleh make-up, kalau make over ???


Resipi:
6 telur putih (telur kecil)
1/2 cawan gula icing
2 sudu makan tepung jagung
1 sudu makan vanila
1 sudu makan cuka

Hiasan:
1/2 cawan whipping cream - putar sampai gebu
buah-buahan

Cara-caranya:
-pasang oven 130 celcius
- buat dasar atas kertas surih mengikut saiz yang dikehendaki
- putar telur putih sampai gebu
- masuk gula sedikit demi sedikit
- masuk tepung jagung
- masuk vanila dan cuka
- letak atas kertas tadi anggaran jangan melebihi 8 inci atau mengikut cita rasa
- buat seperti kolam
- bakar 130 celcius selama 1 jam 30 minit
- bakar hanya menggunakan api bawah
- warna akan bertukar menjadi seperti warna kulit telur
- selepas ditutup elektrik tinggalkan pavlova di dalam oven dengan pintu oven direnggang sedikit selama 1 jam lagi
- hias dengan krim dan buah-buahan
*kertas surih menyebabkan pavlova melekat sedikit tetapi masih boleh ditanggalkan. Saya sarankan menggunakan aluminuim foil pula, mungkin lebih berkesan.
*buah longan bagi saya paling sedap dimakan bersama pavlova - kalau dimakan bersama sirap longan lagi bertambah  umph!
(CUT & PASTE)

resipi ehsan Youtube
THUMBS UP - MEMANG SEDAP

pavlova 1 - tak menjadi

Tak tahu kenapa...



merudum terkelepek
selepas direhatkan di dalam oven 


sapu topping, tabur buah-buahan... cantik juga


menurut Farhah - ini lebih sedap dari yang satu lagi


komen kawan-kawan Luqman... SEDAP!
rupa - boleh cover dengan topping he he he


Resipi:
5 telur putih (gred A)
1 cawan gula icing
2 sudu makan tepung jagung
1 sudu makan vanila
1 sudu makan jus lemon

Hiasan:
1/2 cawan whipping cream - putar sampai gebu
buah-buahan
Cara-caranya:
-pasang oven 130 celcius
- buat dasar atas kertas surih mengikut saiz yang dikehendaki
- putar telur putih sampai gebu
- masuk gula sedikit demi sedikit
- masuk tepung jagung
- masuk vanila dan cuka
- letak atas kertas tadi anggaran jangan melebihi 8 inci atau mengikut cita rasa
- buat seperti kolam
- bakar 130 celcius selama 1 jam 30 minit
- bakar hanya menggunakan api bawah
- warna akan bertukar menjadi seperti warna kulit telur
- selepas ditutup elektrik tinggalkan pavlova di dalam oven dengan pintu oven direnggang sedikit selama 1 jam lagi
- hias dengan krim dan buah-buahan
*kertas surih menyebabkan pavlova melekat sedikit tetapi masih boleh ditanggalkan. Saya sarankan menggunakan aluminuim foil pula, mungkin lebih berkesan.
*buah longan bagi saya paling sedap dimakan bersama pavlova - kalau dimakan bersama sirap longan lagi bertambah  umph!
(CUT & PASTE)

***Anekdot
MUNGKIN kerana ditinggalkan dengan meregangkan pintu oven agak rapat, MUNGKIN kerana lemon, MUNGKIN kerana terlebih gula, tetapi resipi asal 1 cawan gula pasir dan 1 cawan gula icing. 

MUNGKIN... MUNGKIN... MUNGKIN..!

quiche lorraine 2

permukaan quiche yang gelap
(1 ½ cawan cecair, 4 telur + 2 kuning telur)






biasa yang dijual mempunyai permukaan yang agak gelap



Resipi:
1 guiche crust / shell
1 cawan isi ayam - dadu
1 labu bawang besar - dadu
lada hitam
minyak zaiton
½ cawan keju chaddar - racik
4 biji telur
2 biji kuning telur 
½ cawan yogurt
½ cawan sudu UHT
½ cawan buttermilk (saya guna susu cair + 1 sudu teh cuka)
1 sudu teh garam
- Panas minyak masuk ayam
- Bila empuk masuk bawang – ketepikan
- Bancuh semua cecair
Cara persembahan dan masak:
- Letak keju atas guiche crust / shell
- Letak isi ayam
- Curah cecair
Masak 200 darjah selama 40 minit
*Cecair boleh digunakan apa saja seperti susu segar, cair, UHT, cream, double cream atau telur semata-mata. Ikut cita rasa masing-masing dan ikut apa bahan yang ada he he he.
*Saya guna 1 ½ cawan cecair + (4 telur + 2 kuning telur)

resipi ehsan Youtube dan saya ubah suai (derhaka he he he)

quiche lorraine 1

permukaan quiche yang cerah
(1 ½ cawan cecair + 4 telur)







baru keluar dari oven


selepas 5 jam


Resipi:
1 guiche crust / shell
1 cawan isi ayam - dadu
1 labu bawang besar - dadu
lada hitam
minyak zaiton
½ cawan keju chaddar - racik
4 biji telur
½ cawan yogurt
½ cawan sudu UHT
½ cawan buttermilk (saya guna susu cair + 1 sudu teh cuka)
1 sudu teh garam
- Panas minyak masuk ayam.
- Bila empuk masuk bawang dan ketepikan.
- Bancuh semua cecair.
Cara persembahan dan masak:
- Letak keju atas guiche crust / shell.
- Letak isi ayam.
- Curah cecair.
- Masak 200 darjah selama 40 minit.
*Cecair boleh digunakan apa saja seperti susu segar, cair, UHT, cream, double cream atau telur semata-mata. Ikut cita rasa masing-masing dan ikut apa bahan yang ada he he he.
*Saya guna 1 ½ cawan cecair + 4 telur

resipi ehsan Youtube dan saya ubah suai (derhaka he he he)

quiche crust/shell

bahan



bungkus, masuk fridge


alas bekas


canai


telangkup


tarik plastik


adjust baki, koyak & tampal


perelokan - kita buat 'dia'


bekas 1- buat paten dengan tangan (@ garfu)
ini cop ibu jari saya... he he he


  bekas 2 - kelepek je...
ini cop jari telunjuk saya... he he he


Resipi:
2 ½ cawan tepung
250 gm mentega dari fridge
2 sudu shortening
1 sudu teh garam
4 sudu makan air ais
- Ramas semua kecuali air – tak boleh terlalu lama meramas.
- Masuk air sampai jadi doh.
- Bungkus dengan plastik.
- Masuk dalam fridge 30 minit.
- Bekas ditabur tepung, di alas dengan kertas dan ditabur dengan tepung lagi.
- Canai dan masuk dalam bekas tadi.
*Kalau guna food prosessor – 4 kali pause je.
*Untuk dulang 9 inci - boleh menghasilkan 2 biji crust / shell.


resipi ehsan Youtube dan saya ubah suai (derhaka he he he)