Kawan Adilah dari Kelantan telefon semalam menanyakan resipi dan cara membuat kek blueberi. Saya beritahunya semua resipi kek berasaskan kek span mudah sangat sebab sponge mix memang sedia dijual di kedai terutama kedai yang menjual barangan kek. Persembahannya juga sama, biasanya menggunakan whipping cream. Kadang-kadang ada tambahan bahan lain tetapi sebagai permulaan gunalah whipping cream.
Sesetengah kedai barangan kek akan menyediakan resipi mudah dan jurujual akan memberikan penerangan bagi setiap barangan.
Kemudahan internet seperti Youtube banyak menyumbang demo cara membuat kek. Pelbagai jenis kek, pastri, roti, biskut boleh dimuat turun sebagai panduan. Manakala resipi pula boleh didapati dalam berbagai bahasa. Segala pengetahuan yang kita inginkan boleh dicapai di internet. Gunalah internet ke arah kebaikan akan mendatangkan manfaat kepada kita - pengetahuan tanpa sempadan!
No comments:
Post a Comment