Resipi:
10 1/2 keping roti
4 cawan susu UHT
3 biji telur
mentega
kismis
gula perang
vanila
garam
- loyang 9 inci sapu minyak (minyak masak pun boleh)
- setiap lapis 3 1/2 keping roti yang disapu mentega
- susun roti, tabur kismis dan gula perang (ikut suka)
- buat tiga lapis
- bancuh telur, susu, vanila dan garam
- curah adunan telur atas roti
- bakar 30 minit
* boleh sapuan daripada jem, serikaya, blueberi/strawberi filling
cara mudah menghabiskan roti
....juga menghabiskan kismis dan mentega
boleh ditabur serbuk kulit kayu manis
kalau banyak sedekah kepada jiran he he he
atau simpan esok untuk sarapan
yang penting stok habis
No comments:
Post a Comment