Tak tahu kenapa...
merudum terkelepek
selepas direhatkan di dalam oven
sapu topping, tabur buah-buahan... cantik juga
menurut Farhah - ini lebih sedap dari yang satu lagi
rupa - boleh cover dengan topping he he he
Resipi:
5 telur putih (gred A)
1 cawan gula icing
2 sudu makan tepung jagung
1 sudu makan vanila
1 sudu makan jus lemon
Hiasan:
1/2 cawan whipping cream - putar sampai gebu
buah-buahan
Cara-caranya:
-pasang oven 130 celcius
- buat dasar atas kertas surih mengikut saiz yang dikehendaki
- putar telur putih sampai gebu
- masuk gula sedikit demi sedikit
- masuk tepung jagung
- masuk vanila dan cuka
- letak atas kertas tadi anggaran jangan melebihi 8 inci atau mengikut cita rasa
- buat seperti kolam
- bakar 130 celcius selama 1 jam 30 minit
- bakar hanya menggunakan api bawah
- warna akan bertukar menjadi seperti warna kulit telur
- selepas ditutup elektrik tinggalkan pavlova di dalam oven dengan pintu oven direnggang sedikit selama 1 jam lagi
- hias dengan krim dan buah-buahan
*kertas surih menyebabkan pavlova melekat sedikit tetapi masih boleh ditanggalkan. Saya sarankan menggunakan aluminuim foil pula, mungkin lebih berkesan.
*buah longan bagi saya paling sedap dimakan bersama pavlova - kalau dimakan bersama sirap longan lagi bertambah umph!
(CUT & PASTE)
***Anekdot
MUNGKIN kerana ditinggalkan dengan meregangkan pintu oven agak rapat, MUNGKIN kerana lemon, MUNGKIN kerana terlebih gula, tetapi resipi asal 1 cawan gula pasir dan 1 cawan gula icing.
MUNGKIN... MUNGKIN... MUNGKIN..!
No comments:
Post a Comment