Sunday, May 27, 2012

nangka shake

atau jack fruit shake he he he

yang ini lebih nangka






Resipi
3 ulas nangka
1/2 cawan susu cair
1/2 cawan air
1 sudu makan gula
aiskrim
- kisar semua
- letak iskrim vanilla

pulut ayam goreng

...ala-ala Padang Besar



Bahan-bahannya:
pulut
bawang goreng
ayam goreng
sos cili thai lihat di sini
* ayam goreng - ikut citarasa (garam, kunyit, rempah kari & tepung beras - boleh guna cili kisar)

toy - cake tester

Farhah belikan...


***Anekdot
Sebelum ini Farhah pernah nak beli cake tester di sebuah kedai... hem mahal sangat RM12.00 (sama seperti yang dibeli). Bila terjumpa yang ini, alahai RM1.80 sahaja.

kenduri Nafisah

... di Selayang, kenduri doa selamat kerana kejayaan anak-anak beliau. Tertarik dengan bunga-bungaannya dan mencuba teknik bergambar, tak berapa clear.

















***Anekdot
Kenalan ketika samaa-sama mengerjakan haji 2004, kemudian kelima-lima anaknya belajar di tuisyen kami. Sekarang cuma tinggal dua orang anak beliau yang masih di pusat tuisyen kami.

sos cili thai

Teringin nak makan pulut (nantilah bila senang), buat cili dulu


Resipi
1/2 cawan cuka
1/2 cawan air
1/4 cawan gula
1 bawang putih - tumbuk
1 sudu makan cili kering kasar (flake)
2 sudu makan sos ikan
2 sudu teh tepung jagung + sedikit air
- masak semua kecuali tepung jagung dengan api sederhana
- masuk tepung jagung

**Anekdot
Guna tiga pek cili flake percuma yang didapati apabila membeli piza Domino he he he, jimat!
Rasanya lebih sedap daripada sos cili thai yang dibeli. Tak percaya cuba buat!

Saturday, May 26, 2012

petua - kolestrol

Dato' Mufti Kedah memberikan petua untuk menurunkan paras kolestrol dalam badan. Madu diletak di atas  daun cekur dan terus dikunyah. Selamat beramal.

gambar ehsan goggle images



***Anekdot
Dato' mendapat petua ini dari Encik Ismail seorang kenalan barunya di Pulau Langkawi.

Friday, May 25, 2012

mi yee lima sos

...


Resipi:
mi ye - celur
2 cawan isi ayam
7 ulas bawang putih
5 cili kering - gunting kasar
1 sudu makan cili kisar
3 sudu makan kicap manis
1 sudu makan kicap cair
5 sudu makan sos tiram
3 sudu makan sos cili
3 sudu makan sos tomato
1 sudu makan sos plum
1 sudu makan sos nanas
10 cawan air
3 sudu makan tepung jagung - sedikit air
1 senduk minyak zaiton

asesori
- sawi yang dicelur
- cili padi potong/gunting + kicap manis & masin
- apa-apa yang disukai (karot, cendawan, fish ball. fish cake - semua tak ada stok)

- panas minyak masuk bawang putih
- masuk cili
- masuk ayam
- masuk air dan semua cecair kecuali tepung jagung
- rasa manis masin
- akhir masuk tepung jagung

***Anekdot
Bahan yang ada dalam peti sejuk hanya ini sahaja - jika ada lebih sos lagi pasti saya masukkan  juga he he he.