Saturday, April 30, 2011

Solusi

Isu No 31


***Peringatan
Kemudian selepas empat perkara;
1. Melaksanakan fardu Allah.
2. Menjauhi larangan Allah.
3. Sabar terhadap sesuatu ketetapan Allah.
4. Warak menghadapi sesuatu.

rupa roti lapis aiskrim

... jeng jeng jeng


cantik & sedap

***Peringatan
Empat perkara sebaik-baik amalan:
1. Kasih kepada Allah.
2. Reda dengan qadak Allah.
3. Zuhud di dunia.
4. Tawakal kepada Allah.

Nasi Arab-Malaysia





Resipi
1 ayam potong 12
1 pek sup pes
1 bawang besar
2 inci halia
4 mug beras
5 mug air
1 batang kulit kayu manis
5 pelaga
5 bunga cengkih
3 sudu mentega+ 1 sudu minyak sapi+2 sudu minyak masak
garam
cara:
Tumis kulit kayu manis, pelaga dan cengkih.
Masuk pes air dan ayam.
Tanak sampai nasi masak.
Hiasan- daun ketumbar, gajus dan bawang goreng.

***Peringatan
Empat jaminan Allah di dunia:
1. Benar dalm percakapan.
2. Ikhlas dalam amalan.
3. Rezeki seperti hujan.
4. Selamat daripada bencana.

hujung minggu ala Timur Tengah

Niat di hati dari semalam lagi ingin memasak resipi nasi ala-ala Timur Tengah. Sabtu Nasi Arab, Ahad Nasi Kabsah dan Isnin Nasi Mandhi. Insya Allah.
Tetapi tengah malam semalam, tangan sakit dan rasa kebas juga lalu pagi-pagi lagi saya ke rumah kak untuk menggunakan mesin urut. Jadi saya akan masak Nasi Arab malam ini untuk geng tuisyen. Insya Allah.

***Peringatan
Empat jaminan Allah di akhirat:
1. Keampunan yang besar.
2. Hampir kepada Allah.
3. Masuk syurga.
4. Berada dalam darjat yang tinggi.

dua-dua dah ada

mula membaca
... kedua-dua tetapi sikit-sikit sambil mencari kelebihan dan kekuatan kedua-dua buah buku ini.

***Peringatan
Jangan jadikan orang kafir sebagai wali.

sarapan 30 April

beli 10 biji roti hot-dog RM3.50

roti baru (tidak perlu panas roti, masih lembut)



***Peringatan

Jangan jadikan orang Mukmin itu musuh.

roti lapis aiskrim




yang berbaki saya makan dengan ais krim - sedap

Resipi
roti vanilla
aiskrim
cara:
lapik bekas dengan plastik makanan
letak roti
lapis aiskrim
lapis roti
bungkus baki plastik makanan
masuk dalam freezer selama 4-5 jam
(saya balut dengan plastik biasa sebab ikan banyak dalam freezer - elak berbau)

***Peringatan
Belayarlah di dunia dengan bekalan takwa.

mesin urut

Nanti upload gambar

***Peringatan
Anggaplah dirimu sebagai orang yang mati.

Friday, April 29, 2011

Royal Wedding

Britain's Prince William and wife Kate,
Duchess of Cambridge












Imbasan -Perkahwinan Charles & Diana


***Peringatan
Cukuplah atau lengkaplah dirimu dengan amalan yang soleh walaupun sedikit.

Adilah & Ain Maisarah

di Pesta Buku Antarabangsa Kuala Lumpur


***Peringatan
Syahadah memberikan penyaksian kepada Allah SWT dan Rasulullah SAW dan risalah-Nya.

Quranic Law of Attraction

Penulis asal Rusdin S. Rauf terbitan Penerbit Hikmah (PT Mizan) Publika, Indonesia. Diterjemah secara sah daripada buku asal Quranic Law of Attraction oleh PTS Millennia terjemahan oleh Hasnah Ishak (cetakan kelima 2010).
Saya kirim kepada girls berserta buku Smart Heart tetapi mereka lupa

***Peringatan
Kalau kamu mahu benar dalam percakapan, lazimilah membaca surah al-Qadar.

girls di PBAKL

Adilah beli

Ain Maisarah beri hadiah kepada Adilah

jam
Farhah beli - dapat T-shirt percuma

***Peringatan
Kalau kamu mahu rezeki seperti hujan, lazimilah membaca surah al-Falaq.

Zaiton Nasir

Nanti upload gambar sebab ada dalam handphone Zaiton Ismail

***Peringatan
Kalau kamu mahu selamat daripada kejahatan manusia, sentiasalah membaca surah al-Nas.

sarapan & bekal

sarapan untuk girls terhangit sebab leka

bekal ke sekolah


***Peringatan
Kalau kamu mahu rezeki dan keberkatan, lazimilah dirimu membaca surah al-Waqiah dan surah Yasin.

kereta Luqman rosak

... dari petang kelmarin rosak betul-betul setelah sampai di depan rumah. Malam semalam kereta berbunyi dan pukul 11.00 malam Luqman tukar bateri. Tetapi sempat Luqman gerakan sekitar 10 minit kemudian dia dapati ada sesuatu yang tidak kena terus hentikan dan park semula di depan rumah. Nasib baik, kemudian langsung tidak berfungsi. Pagi ini dia perlu bawa mekanik Proton dari kedai Norizan Taman Melati.

***Peringatan
Kalau kamu mahu lepas daripada kesusahan dan mencari jalan keluar daripada kesempitan dan dikurniakan rezeki tanpa disangka-sangka, lazimilah beristighfar.

Thursday, April 28, 2011

kenapa saya buat

Rabu semalam Adilah beli roti ini di pasar malam sebelah Sekolah Setia Budi dengan harga RM3.00. Dagingnya sedikit sahaja. Katanya sedap tetapi tidak mengenyangkan.

roti RM3.50 - 10 biji, daging cincang Ramly - RM5.20
timun, karot, salad, tomato, bawang (semua sudah ada)
kalau perlu dibeli kurang daripada RM3.00

berlebih inti - boleh 10 biji roti lagi
***Peringatan
"Sesungguhnya Allah menjaminkan untuk kita dunia dan meminta akhirat daripada kita. Alangkah baiknya Dia menjaminkan kita akhirat dan minta dunia daripada kita." Syeikh Zarruq.

Luqman balik pukul 10.00 malam

Dia ternampak sebelum Maghrib tetapi tidak sempat makan sebab perlu ke tuisyen

selepas tuisyen dia balik tuntut hak dia...
***Peringatan
Syeikh Zarruq - bahawa tanda ijtihad merangkumi tiga perkara
1. Dukacita terhadap perkara yang hilang dan luput.
2. Hilang takwa untuk mendapatkan sesuatu.
3. Lalai daripada hak dan tanggungjawab.

jamuan selepas Isya

pisang, lepat pisang, tepung bungkus, donut & seri muka
juga disediakan bubur lambuk tapi saya tidak mengambilnya

***Peringatan
Golongan yang baik mempunyai tiga sifat:
1. Reda dengan realiti yang berlaku.
2. Takwa dalam menuntut apa yang dihajati.
3. Menjaga segala adab mengikut asbab.

iftar

girls di rumah


saya di Surau Al-Mustaqim - Nasi Arab

***Peringatan
Janganlah kelewatan kurniaan Allah kepadamu menyebabkan kamu putus asa.

roti hot dog sumbat inti



Resipi:
1 pek daging cincang (450 gm)
1 bawang besar
3 sudu cili kisar
3 sudu sos lada hitam
timun, karot, tomato - dadu
Tumis minyak sedikit sebab daging akan mengeluarkan minyak.
Masuk cili kisar, daging - sampai masak.
Akhir masuk karot, agak empuk tomato dan bawang.
Hendak hidang masuk sos lada hitam dan timun.
Hiasan: salad, mayonis, sos cili
***Peringatan

"Jangan putus asa sekiranya Allah melewatkan penerimaan doa walaupun kamu sudah bersungguh-sungguh berdoa kerana Allah telah menjamin akan menerima semua doa menurut yang Dia kehendaki untukmu, bukan menurut kehendakmu dan pada waktu yang ditentukan-Nya, bukan pada waktu yang engkau tentukan." Ibnu Atailah

omelette maker

Kali ke-4 menggunakannya

Masih di dalam kotak

***Anekdot
Alat ini pemberian Puan Ratna Inzah, kira-kira dua tahun lepas.

***Peringatan
Termakbul doa dengan dua jalan:
1. Hati yang sentiasa mengingati Allah.
2. Bermula dengan bertaubat.

crab 's omelette


baru bubuh

separuh masak


siap
Resipi
3 biji telur
1 bawang besar
3 crab stick
daun sup
garam
Gaul dan masuk dalam bekas/acuan omelette.

***Peringatan
Janganlah berputus asa disebabkan hajat yang dipohon lambat diterima atau lambat dimakbulkan, sedangkan kamu bersungguh-sungguh berdoa, kerana Allah telah memberi jaminan-Nya;
Berdoalah kamu kepada-Ku nescaya Aku akan perkenannkannya." Surah Ghafir : 60