Sunday, April 3, 2011

pisang tanduk



Kak Fatimah Permata 2 menghantar pisang tanduk selepas Maghrib. Beliau selalu beri saya makanan, barangan lain dan nasihat. Semalam saya malas ke kelas, beliau menelefon dan memberikan inti pati pengajian. Ruginya saya rasa walaupun YB Zailah tidak dapat hadir tetapi digantikan dengan Ustaz Shafie Abdul Rahman yang mengusahakan Tahfiz Huffaz di Taman Nirwana, Ampang. Ruginya saya sebab bermalas-malas - jangan buat lagi ye MOHAINI!.

Semoga Allah membalas kebaikan, keredaan-Nya buat kak dan keluarga. Terima kasih kak.

***Peringatan
Barang siapa belajar satu bab ilmu yang diamalkannya dan mengajar orang lain, nescaya itu adalah lebih baik daripada solat 1,000 rakaat yang dibuatnya.

No comments:

Post a Comment