Saturday, April 2, 2011

siakap ratna sari

selain sedap, menarik dan cantik

yang dihidangkan 2 ekor, geng tuisyen 1 ekor

Resipi:
1 siakap - goreng
1 bawang besar - kisar
9 biji buah keras - kisar
2 inci kunyit hidup - kisar
1-2 sudu makan gula
1 sudu cuka
1 timun - buang biji potong memanjang
1 karot - potong memanjang
cili padi sebiji-sebiji
Tumis kisar bawang sehingga naik bau.
Masuk buah keras dan kunyit hingga naik bau dan pekat
Masuk gula, cuka.
Akhir masuk timun, karot dan cili padi.
Tutup api - sayur akan lembut dengan haba.

***Anekdot

Saya menghubungi Puan Ratna Inzah Dato' Asri pada petang Jumaat kelmarin menanyakan lauk samping yang sesuai bersama ayam kelasan dan puan memberikan resipi ikan ini yang sangat-sangat sesuai. Saya pernah sebutkan dahulu bahawa resipi ayam kelasan ini juga saya dapat daripada puan. Tetamu semua mengatakan sedap terutama geng tuisyen. Terima kasih puan untuk kedua-dua resipi ini. Ikan ini tidak bernama jadi saya namakannya


SIAKAP RATNA SARI

***Peringatan

"Sesungguhnya para ulama itu pelita-pelita bagi isi bumi." Riwayat Abu Hurairah

No comments:

Post a Comment