kek kelapa - gambar 24 Disember 2010
Semalam Sepawan pesan minta dibuatkan tiga biji pada Sabtu, 9 April pukul 10.00 pagi dan Farhah sanggup membuatnya. Malam Sabtu lepas Naz & Nana pun asyik menyebut kek ini - Insya Allah saya akan ajarkan mereka. Boleh dikatakan kek ini sinonim dengan saya bagi keluarga sebelah suami; manakala kek pelangi sinonim dengan saya bagi keluarga sebelah saya. ***Anekdot
Tahun pertama perkahwinan '92, saya beraya bersama keluarga suami. Saya membuat 5 jenis biskut; bijan, arab, tart, kelapa dan badam dan 5 biji kek; kek kelapa, kek pelangi atau kek karpet, kek oren dan 2 biji kek gula hangus.
Tetapi ketika itu di kalangan staf, saya sinonim dengan kek gula hangus atau kek sarang lebah.
Pada masa itu, tujuh orang anak saudara suami semuanya masih di sekolah rendah dan yang paling tua di darjah empat. Mereka semua tersangat sukakan kek ini dan sampai sekarang kek inilah yang disebut-sebutkan; begitu juga dengan ipar-duai. Kek kelapa habis pada malam hari raya itu juga kecuali kek gula hangus yang rupa seakan-akan apam lambat habis mungkin kurang diminati. Itulah kali terakhir saya membuat kek gula hangus dan 2 biji periuk itu pun saya tinggalkan di rumah mertua.
TETAPI - cerita di sebalik kek ini:
Pada hari raya ke-2, ayah mertua memberitahu saya bahawa beliau tidak suka kek, tetapi kek kelapa saya ini membuatkan beliau mula meminati kek. Sejak itu saya kerap membuat kek ini untuknya dan juga saya buat atas permintaannya.
TETAPI - cerita di sebalik kek ini:
Pada hari raya ke-2, ayah mertua memberitahu saya bahawa beliau tidak suka kek, tetapi kek kelapa saya ini membuatkan beliau mula meminati kek. Sejak itu saya kerap membuat kek ini untuknya dan juga saya buat atas permintaannya.
Sebelum meninggal, ayah meminta saya buatkan kek ini tetapi saya buat dua hari selepas ayah memesannya. Ketika itu ayah hanya mampu kemam sahaja kek ini dan meluahkannya. Itulah makanan terakhir di dalam mulutnya dan sampai sekarang itulah yang menjadi kekesalan saya. Saya tidak menyangka ayah akan meninggal dunia kerana memang kerap ayah masuk IJN dan boleh dikatakan setahun 4-5 kali.
Sekurang-kurangnya ada sesuatu yang mendekatkan atau mengingatkan saya pada ayah mertua:
Rakan yang mengambil resipi ini daripada saya, Salmah Jabbar terpaksa membawa kek ini ke Singapura tiap kali menjelang hari raya. Menurutnya walaupun diberikan resipi, saudara mara sebelah suaminya masih hendakkan beliau juga yang membuatkannya.
Resipi ini saya peroleh pada tahun 1988 daripada Rogayah bekas staf Peristilahan.
KEK KELAPA
Resipi ini saya peroleh pada tahun 1988 daripada Rogayah bekas staf Peristilahan.
***Peringatan
Ketahuilah bahawa orang yang sedang menuntut ilmu itu mati, Allah ampuni orang yang menghadiri jenazahnya.
No comments:
Post a Comment