Sunday, April 24, 2011

sudut berkarya

saya juga minat menjahit pakaian

seperti dapur, menjahit juga perlukan ruang khas


... beroperasi semula setelah empat bulan berehat

another toy

***Anekdot
Mesin jahit Singer ini saya peroleh dengan harga RM350.00 pada tahun 1982 iaitu tahun yang sama dengan tahun saya mula berkerja. Saya membeli mesin jihit ini kerana mengikuti kelas jahitan di Kedai Noriza Fesyen di tingkat 1, manakala rumah saya di tingkat 3, Wisma Sabaruddin, Kampung Baru.

Mesin jahit ini second-hand yang dibeli melalui Kak Raja Noriza (kalau tidak silap saya ini bukan namanya sebenar) kerana saya meminta beliau dapatkan untuk saya. Ketika itu belanja tidak mencukupi, jadi saya mampu membeli mesin jahit second-hand model tahun 1960, sama pula dengan tahun kelahiran saya. Kak Raja Noriza katakan jika saya tidak berminat beliau ingin mengambil mesin jahit ini kerana stabil, berat dan sangat sesuai untuk menjahit baju cekak musang.

Mesin jahit ini telah dibaharui 'badannya' ketika itu. Yang di dalam gambar ini juga telah dibaharui sekali lagi 'badannya' pada tahun 2004 kerana permukaannya sudah mengerutu kerana sudah lekang fomikanya.

Saya mengikuti kelas pada pukul 6.00 petang - 8.00 malam. Masalahnya mata saya rasa kurang selesa ketika waktu Maghrib kerana suasana semakin gelap. Saya cuma belajar selama 2 bulan dengan menyiapkan 5 pasang baju dan 1 blaus. Kesemuannya memerlukan 30 jenis pakaian yang perlu diselesaikan jika ingin memperoleh sijil jahitan. Saya masih ingat, pakaian terakhir ialah kot (coat).

Di situ, pelajaran membuat pola pakaian tidak disediakan nota. Semua fesyen dan pola pakaian ditampal di dinding dan pelajar perlu mengikut arahan seperti pola tetapi mengikut ukuran masing-masing. Saya telah membuat nota sendiri bagi setiap pola berserta dengan keterangannya sekali. Ketika Kak Raja Noriza melihat nota saya, beliau mengatakan jika saya dapat selesaikan kesemua pakaian berserta dan notanya sekali, berkemungkinan saya akan menjadi PELAJAR TERBAIK! Tidak ada rezeki namanya.

Kursus itu saya ikuti selama dua bulan kerana bagi saya, saya perlukan ilmu untuk baju kurung tradisional dan baju kurung moden sahaja kerana pakaian itu saya kenakan ke pejabat. Sebelum ini saya sudah boleh menjahit baju kurung pesak dan baju Kedah. Saya rasa ilmu baju kurung yang saya perolehi daripada kursus ini cukup untuk membuat pakaian sendiri.

Pernah saya mengambil upah menjahit baju mengandung Puan Puziah, Puan Siti Zailan, Puan Rosnidar dan Kak Izan (sepupu). Juga saya terpaksa membuat sepasang baju Puspanita warna ungu untuk Norhayati (housemate) dalam masa satu malam kerana beliau perlu memakainya keesokan hari. Manakala baju kurung anak-anak Puan Siti Zailan perlu dibuka semula kerana terkecil di bahagian kepala. Selain itu saya juga membuat pakaian untuk ahli keluarga sendiri - baju Melayu teluk belanga untuk bapa, baju kurung moden untuk emak dan kakak. Yang paling seronok apabila dapat menyediakan baju raya untuk anak-anak saudara ketika itu Nazreena, Aliaa dan Nadia. Nanti saya akan upload gambar cuma saya tidak ada scanner.

Kedai Noriza Fesyen ini sangat terkenal pada tahun '70-an sehingga '80-an. Mereka menyediakan kursus Gaya Pos, yang mana bahan perlu dipos oleh pelajar dan mereka akan menghantar semula bahan berserta dengan komen. Saya pernah melihat timbunan surat dan mereka membalas surat dan bahan pelajar melalui cara ini. Sekarang saya tidak pernah melihat iklan di suratkhabar lagi. Saya tidak pasti sama kedai ini masih wujud lagi.

***Peringatan
Menunggu penerimaan doa itu adalah suatu ibadat.

No comments:

Post a Comment