Tuesday, April 5, 2011

tidak rasa bersalah

Nikmati kurniaan Allah tanpa rasa bersalah. Jauhi memakan atau menerima dan mengambil harta secara batil antaranya:
1. Menjual sesuatu yang memudaratkan masyarakat seperti telah tamat tempoh, tercemar dsb.
2. Mengambil upah menjampi yang bercanggah dengan Islam.
3. Mengadakan kursus dengan ilmu yang meragukan seperti sandaran ramal masa hadapan seperti melalui tarikh lahir, rupa paras, tanda kelahiran dsb.
4. Menyalahgunakan pekerja sehingga disuruh melakukan tugasan yang tidak setimpal dengan bayaran serta dizalimi daripada sebarang kenaikan pangkat walaupun layak.
5. Mengambil upah hiburan daripada syarikat sebagai prasyarat untuk memastikan peluang kontrak dan tender sentiasa baik.
6. Berhutang dengan niat untuk tidak membayar walaupun mampu membayarnya.
7. Menerima zakat tetapi bukan daripada golongan asnaf yang layak menerimanya.
8. Mengambil dan menikmati harta wakaf dan menjadikan hak miliknya.
9. Memakan dan menyalahgunakan harta anak yatim.
10. Menerima hadiah yang diberikan oleh pelanggan atas alasan berterima kasih atas kecekapan dan bantuan selaku pekerja.
11. Mencipta dan menghasilkan filem, novel, makalah, artikel, kartun, animasi, drama, buku, cerpen yang meraikan nafsu manusia.
12. Mencuri dan mengambil kesempatan atas musibah yang menimpa orang lain.
*Ustaz Hasnil

***Peringatan
Kenikmatan bukan angkanya tetapi pada keberkatannya.

No comments:

Post a Comment