rupa comot sebab tidak ada masa nak perelok
hasilnya - janji ada 'kolam'
cover line - sapu krim cantiklah he he he
lain kali tidak payah cantik-cantik, boh make-up je he he he
kuih pun boleh make-up, kalau make over ???
kuih pun boleh make-up, kalau make over ???
Resipi:
6 telur putih (telur kecil)
1/2 cawan gula icing
2 sudu makan tepung jagung
1 sudu makan vanila
1 sudu makan cuka
Hiasan:
1/2 cawan whipping cream - putar sampai gebu
buah-buahan
Cara-caranya:
-pasang oven 130 celcius
- buat dasar atas kertas surih mengikut saiz yang dikehendaki
- putar telur putih sampai gebu
- masuk gula sedikit demi sedikit
- masuk tepung jagung
- masuk vanila dan cuka
- letak atas kertas tadi anggaran jangan melebihi 8 inci atau mengikut cita rasa
- buat seperti kolam
- bakar 130 celcius selama 1 jam 30 minit
- bakar hanya menggunakan api bawah
- warna akan bertukar menjadi seperti warna kulit telur
- selepas ditutup elektrik tinggalkan pavlova di dalam oven dengan pintu oven direnggang sedikit selama 1 jam lagi
- hias dengan krim dan buah-buahan
*kertas surih menyebabkan pavlova melekat sedikit tetapi masih boleh ditanggalkan. Saya sarankan menggunakan aluminuim foil pula, mungkin lebih berkesan.
*buah longan bagi saya paling sedap dimakan bersama pavlova - kalau dimakan bersama sirap longan lagi bertambah umph!
(CUT & PASTE)
resipi ehsan Youtube
THUMBS UP - MEMANG SEDAP
hadoi kak, nampak sedap tu kak...jangan lupa timbang berat badan lepas ni ye kak..hehe
ReplyDeletekak makan sikit je... Ayat ni biasa dengar kan Sue he he he
ReplyDeleteNampak sedapnya! Teringin pulak nak buat!
ReplyDeletecerewet sikit... entah mana silapnya tak tahulah... boleh merudum. Kadang-kadang bila berlaku kesilapan dalam teknik masakan tidak menghasilkan seperti yang kita bayangkan... frus juga
ReplyDelete