Wednesday, November 30, 2011

jumpa balik

***Anekdot
Sabtu lepas Nazhan kehilangan dompet di Surau Al-Mustaqim dan seorang kawan kehilangan hanya wang tunai RM290.00. Tadi seorang lelaki datang ke rumah membawa kad pengenalan dan kad ATM. Menurut lelaki ini beliau menemui barang-barang ini di tepi jalan. Saya belum membuat laporan mengenai kehilangan ini. Tiada dompet dan wang tunai yang menurut Nazhan kurang daripada RM100.00.
Barang-barang pelajar semuanya diletakkan di dalam sebuah bilik yang memang dikhaskan untuk mereka tetapi bilik itu tidak pernah berkunci. Pada majlis perkahwinan anak Haji Paiman/Kak Fauziah menurut Nazhan itulah kali terakhir dompet itu ditinggalkan di situ. Semua 18 pelajar  meninggalkan barang-barang dan wang saku di situ kerana di sebelah malamnya mereka bertolak ke utara. Syukur dua orang sahaja yang menjadi mangsa.

No comments:

Post a Comment