Thursday, February 17, 2011

jamuan persaraan

Bahagian Dasar dan Penyelidikan Bahasa diamanahkan memegang AJK Jamuan untuk majlis persaraan Puan Amilah Abdul Rahman dan Encik Hasni Abas. Selain menguruskan katering kami juga menyumbang miang kham (kaduk), ulam-ulaman dan sambal belacan.

Miang kham untuk tetamu di meja utama


Miang kham untuk para tetamu/jemputan

Terima kasih Dr. Hanafi, Encik Kusni dan Puteri Aishah atas sumbangan daun kaduk.
Cuma terlupa halia... maaf ye.. ini resipi derhaka...!

***Peringatan
Kekurangan di dunia masih boleh ditampung, ada peluang untuk menambah tetapi kekurangan di akhirat tiada kesempatan lagi untuk memperbetul kelemahan.

Resipi Miang kham:
daun kaduk - dibasuh dan tos
kelapa - buang kulit ari, racik dan sangai
kacang - goreng buang kulit
halia - potong kiub
udang kering - rendam air panas
limau nipis - potong kiub
cili padi - potong nipis
Kuah -
2 ketul gula kabung
1 mug air
3 sudu makan gula pasir
3-7 sudu makan kicap ikan (ikut suka)
1 serai - ketuk
2 bawang putih - tumbuk
3 bawang merah - tumbuk
*** masak dengan api perlahan sehingga pekat (kalau nak cepat gunakan api yang kuat tetapi perlu berhati-hati kerana mudah melimpah)

... hasil air tangan staf Dasar dan Penyelidikan Bahasa

***Anekdot
Saya mempelajari resipi miang kham melalui seorang kenalan yang memang berasal dari Thailand. Terima kasih Siti (PTDH)

***Peringatan
"Maka apabila Aku kasih kepadanya, Aku menjadi pendengaran, penglihatan dan tangan yang menguatkan baginya. Jika dia minta sesuatu kepada-Ku nescaya Aku tunaikannya". Sabda Rasulullah , Allah berfirman. Riwayat al-Bukhari

No comments:

Post a Comment