Friday, February 11, 2011

perpisahan

Siang - Jamuan perpisahan untuk Puan Salmiah dan Puan Siti Suhana di Restoran Thaharah di Kampung Pandan, jemput juga Puan Zainab Kasim. Saya lupa ambil gambar makanan, saya akan minta ikhsan Suhana jika dia ada mengambil gambar.
Malam - Luqman beritahu hari ini dia terpaksa berhenti kerja kerana pusat tuisyen kami, 2 kerani berhenti dan bercuti 1 bulan. Beliau baru diberitahu gajinya setakat 10 hari bekerja RM300.00 kerana umurnya melebihi 18 tahun ada beberapa elaun yang diberikan. 2 rakan yang lain hanya akan mendapat gaji penuh tidak melebihi RM600 kerana umur bawah 18 tahun.
Adilah telefon minta masukkan duit t-shirt berkawat, top-up dan memberitahu 23 hari lagi cuti sekolah. Selain senarai makanan - fruit coctail, laksa, kek dan makan di Wong Solo. Kali ini cuti serentak dengan twin - bersedialah dengan jadual makan dan senarai makanan yang lagi panjangggggggggg!

No comments:

Post a Comment