Saturday, February 19, 2011

Sally baru bagi

Ketika balik dari Surau Al-Mustaqim, Adam sudah sampai, ingatkan Adam yang bawa... rupanya Sally (jiran) sangkut di gril dan Adam bawa masuk. Tahun ini lambat Sally menghantar hadiah tahun baru cina kepada kami. Mungkin dia juga banyak hal, selalu saya mesti bertembung dengannya, tetapi sejak tahun baru cina susah nak jumpa. Malam Maulidur Rasul sekali sahaja kami bertembung kerana sama-sama hendak keluar, katanya dia ada open house di Setiawangsa (mereka juga ada open house)

... yang tiada dalam gambar... kacang goreng sebab telah dibuka dan saya masukkan ke dalam balang, lupa nak letak dalam gambar. Limau tu saya punya tau...!

***Anekdot
Mudah dan ringkas masyarakat cina berRAYA!
Bab kuih-muih mudah tetapi bab RM.... parah juga!

***Peringatan
Manusia jadi lalai kerana:
1. Jahil akan kebesaran Allah.
2. Penyakit - penyakit cari sendiri seperti hutang.
3. Tidak tahu Allah akan beri hukum/seksa.

No comments:

Post a Comment