... semalam tolong belikan Sikin dan Kak Zainah tepung brownies di kedai Bagus teringat yang saya pernah buatkan brownies di atas ketika cuti raya aidilfitri tahun lepas. Saya buat sehari sebelum Adilah balik ke Kelantan, bekalkan untuknya dan 2 orang kawannya (adik beradik) dari Perlis yang tumpang bermalam dan juga menaiki bas balik ke Kelantan tetapi tidak sama bas Adilah (Mahligai). Ayah mereka beli tiket Transnasional melalui internet dan saya beli tiket Adilah melalui Zahid (ayah seorang pelajar lelaki Al-Manar). Datang bersama ayah mereka yang menghantar nenek mereka ke Kajang dan saya pelawa mereka bermalam di rumah kerana tidak perlu beliau menghantar keesokan paginya. Luqman menghantar mereka dan saya menghantar Adilah ke stesen bas Taman Greenwood.
Nasib baik sekeping gambar ini masih tersimpan dalam laptop.
Resipi Brownies:
500 gm tepung brownies kukus
4 telur
75 ml miyak masak
200 ml air
1 sudu teh baking powder
1 sudu teh soda bikabonat
- campur semua dan kacau sampai tidak berketul.
Inti:
250 gm cream cheese
60 gm gula halus
1 telur
- kacau sebati
- loyang sapu minyak
- kukus 1/2 adunan 10 minit
- masuk inti dan kukus 10 minit
- masuk 1/2 adunan lagi dan kukus sampai masak
- sejuk baru potong.
Resipi Brownies:
500 gm tepung brownies kukus
4 telur
75 ml miyak masak
200 ml air
1 sudu teh baking powder
1 sudu teh soda bikabonat
- campur semua dan kacau sampai tidak berketul.
Inti:
250 gm cream cheese
60 gm gula halus
1 telur
- kacau sebati
- loyang sapu minyak
- kukus 1/2 adunan 10 minit
- masuk inti dan kukus 10 minit
- masuk 1/2 adunan lagi dan kukus sampai masak
- sejuk baru potong.
No comments:
Post a Comment