Friday, February 4, 2011

Gong Xi Fa Cai II - rajin sikit







... cuti dan anak-anak pun balik. Mula-mula masak nasi lemak special sikit, ayam goreng dan paru. Kemudian soto untuk menu petang dan ayam kelasan menu malam. Dah upload gambar. Tukar menu pula - Farhah tolong campur fruit cocktail dan buatkan banana crumbler. Hari ini terlebih "rajin". Ayam kelasan saya tidak buat sebab rasanya tak terhabis makanan ni. Kalau rajin esok pula dan masalahnya juga kerana cili merah tiada di pasaran... cina raya!
Ambil masa 3 jam duduk di ceruk dapur; seperti menepati pepatah-petitih Melayu " ... ke ceruk dapur juga akhirnya".

***Peringatan
- Abad ke-17: Hidayatus-Salikin:
"Apabila selesai solat Jumaat maka sunat membaca al-Fatihah, al-Ikhlas, al-Falaq dan an-Nas sebanyak 7 kali dahulu daripada berkata-kata. Maka yang demikian itu memelihara daripada segala kejahatan daripada 1 Jumaat ke Jumaat yang lainnya, dan lagi memelihara bagimu daripada syaitan".
- telah masuk bulan Rabiulawal, maka perbanyakan berselawat dalam bulan kelahiran Nabi Muhammad SAW

No comments:

Post a Comment