CROSS STITCH - Jahitan Suji Bilang
... dihasilkan ketika serumah dengan Jamiah Ahmad (1988). Kami sama-sama menghasilkan corak ini (1988), tetapi Jamiah yang membuatnya dahulu dan memberikan kertas pattern kepada saya dalam keadaan "lanyau" dan hampir tidak dapat dibaca. Terima kasih Jamie.
... dihasilkan ketika serumah dengan Azizah Supardi di Wisma Sabaruddin, Kampung Baru. Kami sama-sama menghasilkan corak ini (1982) tapi tidak ingat siapa yang membuatnya dahulu.
... dihasilkan ketika di Wisma Sabaruddin, Kampung Baru (1983). Pattern dari buku asalnya berlatar belakang kain kuning, saya yang menukar kepada warna hitam kerana dirasakan lebih "hidup" berlatar belakang warna gelap.
Dulu-dulu saya suka semua seni jahitan Alhamdullillah:
- Jahit silang pangkah (cross stitch) menggunakan sejenis jarum khas, pendek, tumpul, berlubang panjang dan besar.
- Krusye menggunakan jarum yang mempunyai cangkuk - rasa memang pakar sangatlah.
- Kniting menggunakan jarum panjang 2 batang - tapi tidak cepat sangat.
- Tating menggunakan alat dipanggil cuban.
- Kain saprah menggunakan ram dengan pelbagai jenis jahitan.
- Baju kurung moden atau baju fesyen.
Saya cuba carikan hasil kerja tangan saya dulu-dulu ini lagi kerana bahan-bahan tersimpan di merata-rata. Di rumah 2 orang kakak saya pun masih ada lagi.
***Anekdot
Yang saya pernah hasilkan
- 1 bingkai cross stitch di rumah Kak Maziah - besar, panjang, 3 tangkai bunga ros, 2 pink dan 1 kuning berlatar belakang kain hitam. Dihasilkan pada tahun 1985, saya minta kak fremkan terus tak ambil (mungkin masa itu asyik berpindah, maklumlah bujang!
- 2 set kusyen cross stitch di rumah Kak Maznah - gambar sepasang arnab; kain merah dan sepasang kartun; kain kuning (lelaki beri bunga kepada perempuan) . Dihasilkan pada tahun 1977 ketika menunggu keputusan MCE
***Peringatan
Nikmat terbesar Allah kepada kita ialah kita dilahirkan sebagai MANUSIA -iaitu sebaik-baik kejadian.
No comments:
Post a Comment