Saturday, February 12, 2011

batu

ketika mengambil batu tumbuk untuk menumbuk halia dan bawang puith untuk merinate ayam goreng untuk malam nanti terpandang batu-batu yang terdapat dalam simpanan.




***Anekdot

... yang paling kiri - batu tenyeh kut! kerana perlu tenyeh2 sahaja; pemberian Ibu ... (kakak kepada pembantu rumah Idah Rosyidah yang bersama kami 1998-2004) ketika saya ke rumahnya di Chengkareng, Jakarta tahun 2001. Katanya "Ini batu benar, batu sungge" - bermaksud bukan batu tiruan iaitu daripada simen tetapi yang dibuat daripada batu sungai.
... yang tengah - batu tumbuk peninggalan Azizah Supardi ketika bujang kami menyewa di Wisma Sabaruddin, Kampung Baru tahun 1982. Kerana saya orang terakhir daripada kami 6 orang maka saya menurut amanat Zah supaya orang terakhir mesti menyimpan batu ini. Anak batunya sudah patah, ya lah sudah 29 tahun baru ini.
... yang paling kanan -batu tumbuk yang ditinggalkan oleh Kak Tipah di rumah saya, batu ini dibeli tahun 1988 (nanti saya sahkan - rasanya sama umur dengan Nazrin).

Setelah ditanya kak Tipah rupanya batu ini dibeli pada tahun 1978 selepas kawin! Lagi lama batu ini daripada batu Azizah.


No comments:

Post a Comment