Anak-anak semua tidak suka bihun atau apa-apa dengan sup, baik mi dan kuihtiau sup. Kalau bihun, mi dan kuihtiau goreng mereka makan tetapi bukan suka sangat jika dibanding dengan nasi (semua jenis nasi mereka suka) - perut Melayu juga kadang2 tetapi makanan ala-ala western semua suka - perut Mat Salleh pulak!
Jadi buatkan sarapan untuk Farhah ayam bakar ni sebelum ke tuisyen pukul 10.00 pagi sampai 6.00 petang nanti. Tadi Na (anak saudara) telefon mereka sudah bekalkan bihun goreng untuk tengah hari nanti.
1/2 ayam bunag kulit dan lumur dengan 1 sudu makan garam halus (kalau bakar tidak mengapa dengan kulit bagi mengelakkan ayam hangus dan minyak ayam akan mengalir jatuh ke bawah)
layur daun pisang (elak pecah) dan bungkus ayam
bakar dalam periuk ARTNOVA, 10 minit api kuat, 15 minit api sederhana
...yang putih2 itu ialah kolestrol, menurut jurujual periuk ini, kolestrol jika sudah keluar begini selamat untuk dimakan tetapi kalau masih dalam bentuk cecair dimasak akan terperap dalam ayam yang tidak elok untuk dimakan. Periuk ni boleh mengenyah kolestrol!
tapi yang sedapnya ialah aroma daun pisang, tali rafia sudah cair ketika kena bakar, saya sekadar mengikat daun je... he he he
No comments:
Post a Comment